Salam sejahtera
My first time in blog... huhuhu bedebar rase.
Setiap kali kita membaca blog banyak betul isu-isu yang menarik di perkatakan. Namun bagi saya kejujuran dalam setiap maklumat adalah penting dalam erti kata benar dan adil. Kenapa berkata begitu, sebab jangan kita cuba pengaruhi orang di sebabkan emosi, dendam, tidak puas hati & dengki. Sebab apa yang di tulis akan dibaca dan akan disampaikan dari mulut kemulut. Kalau di baca baik isi nya, InsyaAllah baiklah sebaran nya, tapi kalau buruk penyampaiannya maka makin buruk lah berita yang akan didengar (Biasalah nak bagi sedap).
Saya agak selalu baca blog. Dari yang baik hingga keburuk semua ada. Tambah-tambah isu politik.. hehehe biasalah nak pilihan raya. Yang best nya bile di lihat blog nih macam tempat tuduh menuduh. Orang A kata dia betul & kata orang B jahat. Orang B kata orang a jahat di ja yang baik, dan memacam lah feil manusia nih. Klaka juga dibuatnya. Tapi apa pun isunya yang penting maklumat yang di sampaikan mestilah benar dan penyampaian hendaklah ikhlas niat nya, dengan harapan memberi pengajaran dan sempadan untuk bacaan umum. Bukan untuk menjatuhkan orang, bukan kerana emosi terganggu, bukan kerana unsur-unsur yang negatif & kemudaratan. Hanyalah kerana mencapai matlamat keredhaan Nya.
Pembaca kena bijak membuat analisis. Manakan tidak , maklumat yang di terima beraneka ragam. kadang-kadang sukar untuk membuat penilaian. Jadi pemikiran pembaca blog hendaklah sentiasa terkini dan berilmu agar tidak mudah dimanipulasi bloger.
Blog baik & blog jahat? apa yang dikatakan baik dan apa yang dikatakan jahat. Adakah sebab kita sokong satu pihak kita dianggap baik, dan adakah apabila kita mengeluarkan pendapat kita dianggap jahat. Erm .. itu semua penilaian manusia, x perlu runsing kerana ade berjuta-juta akal manusia di bumi ini yang masing-masing memberi pandangan yang berbeza, lebih kurang macam '8 orang buta yang disuruh memegang Gajah' tuh baru 8 orang. inikan berjuta-juta orang. Namun apa pun setap karangan yang di tulis ikut lah etika penulisan para ilmuan. tulis lah dengan penuh keikhlasan dengan harapan ia memberi faedah yang berguna pada pembaca.
Ingat .. beri pengajaran ok..
Menilai Kursus, Jangan Dengan Cara Yang Salah
8 years ago