Dugaan tuhan untuk semua Manusia

|

sekarang nih banyak isu yang berlaku seluruh dunia... dari sebaik perkara, hingga seburuk-buruknya.. namun kita manusia kena bijak menilai, menyerap dan menterjemah... kerana ada musabab dan hikmahnya..

jangan mudah melatah, jangan ambil mudah, jangan mengelak.. hadapi dengan tenang..
Dunia kini semakin panas dengan suhunya, dengan gegarannya, dengan isu dunia, dengan peperangan yang tak habis-habis.. itulah penghujungnya

kita perlu sentiasa berfikir sumbangan kita untk menenangkan bumi ini, memberi manfaat yg berguna..

Ingat Allah.. dunia semakin tenat akibat ketamakan manusia

Bumi tuhan

|

Assalamualaikum...

dah sebulan aku berada dih arab saudi nih.. melihat kebesaran tuhan yg tak sudah-sudah luas nye... setiap kejadian ade musababnye.. Subhanallah...

Arab saudi nih indah dengan pemandangan pasirnye.. tanah yg luas seluas mata memandang.. mata memandang yang x sudah-sudah..

namun bak kate pepaTAH hujan emas dinegeri orang hujan batu d negeri sendiri.. malaysia gak yang best.. hehehe

NEM yang AYAM

|

Assalamualaikum...
NEM agenda baru yang di bawa PM kite, nama nampak menarik, tapi isi bagaimana.. Kenapa nak sibuk nak ekonomi berpendapatan tinggi jika yang merasa itu hanya mereka yang dah tentu org yang berwang. Orang yang di bawah masih terus terperosok kebawah.

Malaysia memang banyak IPT-IPT yang bagus huhuhuh . Tapi satu je masalahnye.. Keje yang tak banyak.. so ape jadi bila keje tak banyak. HAHAHAAHAHAH Bersepahlah graduan menganggur yang terpaksa menaggung hutang Along dari kerajaan. BAru nak mula hidup da berhutang. sedih beb.

Bila dah bersepah graduan yang tanam anggur. maka mana saje graduan yang dapat keja diorang terpakse terima ja kerja yang ada. Tak boleh nak DEMAND gaji, sebab pa, sebab kalo tak nak besepah lagi orang nak.. tak nampak pun Peluang mempunyai kerja yang berpendapatan tinggi.. Hampeh nye idea. kerja stil xde. gaji yang offer masih rendah..

Nampak sngatlah orang yang berpengalamn ja yang terus kaya.. Maksudnya yang kaya terus kaya.. yang miskin terima lah ape yang ada.. Wahai kerajaan buat IPT bebanyak memang bagus. Tapi kalo keje tak da x gune gak. Adakah kita nak pemegang ijazah buat kerja seperti orang ada SPM. hahaha LU PIKIRLAH sendiri.. TApi nak wat macamne.. KEJE x de .. MAKA KITA CEBURI KEUSAHAWANAN kata kerajaan.. Apa pun TAK BOLE hahaahahahahaha

NEM KONON ahahahaahahah Wat gelak je

Think

|

assalamualaikum
ermm... hari-hari berfikir untuk melakukan busines unsual... how aaaa???? hahahhaa sebenarnya x susah dan x mudah, cuma memerlukan sedikit masa. Anda ada masa.. kalo tidak , x mengapa, Itu pilihan anda

masa yang berlalu

|

assalamualaikum

bosan menunggu masa yang berlalu... punuhi dengan keberkatan. penenang jiwa...
huhuhuh... masa oh masa,, datang dan pergi

Faedah Tidur Tengahari Kepada Pekerja

|

Faedah Tidur Tengahari Kepada Pekerja

oleh Khairunneezam Mohd. Noor

Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.



Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Foundation sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Kajian Sarjana

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Waktu Tengahari

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Menyihatkan

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Perspektif Islam

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Amalkan di Pejabat

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Lame tak update

|

Assalamualaikum...

huhuh lame rase tidak mengupdate blog ku. kepada sume ak nak gtaw.. ak skang da keje.. sudah tidak menjadi petani, yak ni menanam anggur hehehhe..

Aku skang da keje kat JB taw.. hahhaa so sape yg nak trun sinih contac2 la ak ye. hehehhe..

Pepun kepada teman2 trus kan perjuangan k.. menjadi insan begune

k wassalam