INSTITUSI KHILAFAH

|

INSTITUSI KHILAFAH

Pengenalan
Perkataan khalifah berasal dari istilah Arab yang bermakna "pengganti". Istilah khulafa ialah kata jamak bagi khalifah. Oleh itu, "khalifah" ialah seseorang yang dilantik oleh masyarakat Islam untuk menggantikan tugas-tugas kepimpinan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad. Khilafah pula ialah institusi atau jawatan yang menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran di dalam semua bidang untuk menggantikan Nabi Muhammad. Institusi ini dianggap bermula serentak dengan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai pengganti Nabi Muhammad sebagai ketua negara Islam yang baru.

Beberapa Pendapat Berhubung dengan Pemilihan Khalifah
Jawatan tersebut hanya untuk orang Quraisy dan ada yang mengatakan hanya Muhajirin Quraisy sahaja yang layak. Pendapat ini disokong oleh kebanyakan orang termasuklah Abu Bakar, Abu Ubaidah, Umar dan sebagainya. Hal ini disebabkan sifat kepimpinan orang Quraisy sememangnya telah diakui oleh masyarakat Arab ketika itu.

Jawatan ini hanya khas bagi keturunan Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari Ali Bin Abu Talib dengan disokong oleh ahli al-bait.

Jawatan khalifah adalah hak semua orang tidak tertentu kepada puak Quraisy atau Muhajirin atau Bani Hasyim. Pendapat ini datangnya dari puak Ansar. Mereka juga menganggap diri mereka layak memandangkan sumbangan mereka terhadap perkembangan Islam. Mereka mencadangkan supaya seorang khalifah dilantik dari kalangan mereka dan seorang lagi dari kalangan Muhajirin.

Cara Pemilihan Khalifah


Cara Perundingan Beramai-ramai

Cara ini adalah mengadakan perundingan atau persetujuan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu. Pemilihan cara ini berlaku seperti dalam pemilihan ke atas Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Abu Bakar telah dilantik melalui bai'at yang dilakukan melalui 2 peringkat. Peringkat I dikenali sebagai Bai'at Khas di Balai / Saqifah Bani Saidah, manakala Peringkat II dikenali sebagai Bai'at Am. Ia diadakan di Masjid Nabi.

Menyusulkan Seorang Calon
Dalam cara ini, seorang calon khalifah telah diusulkan oleh khalifah sebelumnya untuk dipilih oleh umat Islam. Hal ini berlaku semasa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq sedang sakit. Beliau telah menyusulkan nama Saidina Umar al-Khattab untuk dipilih oleh umat Islam sebagai penggantinya. Usul tersebut diterima sebulat suara oleh umat Islam.

Menyusul Sekumpulan Calon
Uthman Bin Affan dilantik melalui "syura" di mana Uthman adalah salah seorang dari anggota majlis perlantikan khalifah. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat yang layak dipilih sebagai khalifah. 6 orang yang dimaksudkan ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abu Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas. Pemilihan khalifah tersebut mestilah dilakukan selewat-lewatnya 3 hari selepas kewafatan Umar.

Diusulkan oleh Sekelompok Masyarakat
Ali Bin Abu Talib dilantik secara paksa oleh golongan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah Uthman dan akhirnya membunuh Uthman. Ali terpaksa menerima jawatan tersebut memandangkan suasana huru-hara ketika itu.

Syarat Kelayakan Khalifah

  1. Seseorang itu mesti yang merdeka, iaitu bukan hamba abdi dan mesti beragama Islam.
  2. Mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya melakukan ijtihad ke atas masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
  3. Mesti adil iaitu istiqamah dalam akhlak Islam. Semua tingkah laku baik, menjauhkan maksiat, baik dari segi syarak atau akidah.
  4. Mesti kifayah / berkemampuan iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-undang.
  5. Pancaidera serta anggota badannya tidak cacat.
  6. Luas pengalaman dan bijak dalam pentadbiran.
  7. Berani dan berwibawa dalam mempertahankan taraf ummah dan agama terutamanya dalam soal jihad.


Bidang Kuasa Khalifah

  1. Khalifah mempunyai kuasa untuk menguruskan soal-soal agama dan perundangan Islam dalam sesebuah masyarakat Islam.
  2. Khalifah juga bertanggungjawab mempertahankan negara dari kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan negara dan umat Islam dari sebarang ancaman luar dan dalam negara.
  3. Meraka juga menguruskan hal-ehwal kewangan negara iaitu menyusun urusan percukaian sama ada dari segi pungutan / penggunaan.
  4. Dalam bidang pentadbiran, khalifah bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai dalam pentadbiran negara.


Keistimewaan Khalifah

  1. Khalifah memegang 2 bidang kuasa secara serentak iaitu kuasa keagamaan dan keduaniaan. Hal ini bermakna, khalifah bukanlah pemerintah sekular yang memisahkan aspek kehidupan duniawi dan akhirat.
  2. Khalifah adalah ketua pentadbir dan ketua agama. Perlaksanaan kedua-dua bidang ini adalah berasaskan ajaran wahyu. Akibatnya, kekeliruan dan kezaliman tidak berlaku.
  3. Khalifah tidak mempunyai apa-apa kuasa seperti kuasa yang ada pada ketua gereja yang dikatakan terpelihara dari sebarang kuasa dan mempunyai kuasa pengampunan dosa para pengikutnya.Mengikut sistem khalifah, kuasa pengampunan dosa adalah satu-satunya milik Allah.
  4. Khalifah tidak mempunyai apa-apa keistimewaan di hadapan undang-undang Islam. Mereka boleh didakwa dan dibicarakan.
  5. Sistem khalifah adalah berlandaskan kepada prinsip "syura" di mana khalifah harus tunduk kepada keputusan syura walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya sendiri.
  6. Rakyat diberi kebebasan untuk mengeluarkan buah fikiran masing-masing dalam lingkungan yang dibenarkan oleh "syura"
  7. Kelangsungan sistem khalifah bertitik-tolak dari Mubaya'ah (bai'at). Seseorang khalifah tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum mendapat bai'at dari orang ramai.
  8. Perlantikan khalifah tidak boleh berdasarkan sistem warisan.


Majlis Syura

  1. Semasa Abu Bakar, Majlis Syura diamalkan secara bebas dan terbuka.
  2. Semasa Umar, majlis ini ditubuhkan bagi tujuan menentukan pemilihan khalifah.
  3. Orang yang menganggotai majlis ini dikenali sebagai ahl al-syura atau ahl al-hal wa al-'aqd.
  4. Mereka merupakan ulama dan sahabat Nabi Muhammad.
  5. Syarat menjadi ahl-al-syura ialah: (1) beragama Islam; (2) lelaki; (3) akil baligh; (4) merdeka; dan (5) adil dan mempunyai siasah yang tajam.


Bai'ah

  1. Perkataan ini berasal dari kata dasar ba'a ertinya menjual.
  2. Bai'ah: Pengakuan seseorang atau sekumpulan manusia terhadap seseorang untuk berkuasa atau memerintah yang dikenali sebagai khalifah.
  3. Merupakan satu syarat perlantikan khalifah.
  4. khalifah yang mendapat bai'ah mestilah menjalankan tugasnya dengan sempurna. Jika pemerintahannya tidak mengikut al-Quran, maka dia harus meletak jawatan.


Kesimpulan
Oleh sebab sistem khalifah berjalan berasaskan ajaran wahyu, sudah pasti ia merupakan satu pemerintahan yang unggul dan tuntutan bermasyarakat dan bernegara. Ia sesuai dengan keperluan setiap manusia yang dicipta oleh Allah yang mempunyai tuntutan spiritual iaitu rohani dan jasmani.

kan senang kalau x de parti. semuanya tetnag kredibeliti

HUJAN DAN RAHMAT

|

HUJAN DAN RAHMAT

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm ini
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan
DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat. " Da n Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.
Kesian hujan.> > Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Da n semoga, Hari esok akan lebih baik. Da lam ilmu tasawwuf Da n ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : " Da n Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Da n sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

" Da n Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Da n pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Da n bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr :> 22) Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

" Da n Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Da n bumi Da n kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya.

Da n (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Mutiara kata: Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir.

IBU MITHALI PENERIMA

|

For those yang bergelar ibu dan anak yg masih mempunyai ibu..Kasih dan sayang ibu sentiasa berkekalan…

IBU MITHALI PENERIMA

ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan.

"Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.

'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini.

"Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah.. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik.. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak.

"Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru

FUJI ELECTRIC: WALK-IN INTERVIEW

|

sape yang nak kerja haaa. tengok iklan nih. then borang mintak dari aku.. buzz ak d ym nick: zilff
KENE ISI BORANG TAU, JANGAN LUPE AMIK BORANG DARI AKU K

FUJI ELECTRIC
WALK-IN INTERVIEW
Date : 18 MARCH 2009
Venue : Career talk – Bilik Mesyurat desasiswa Lembaran (10.00 am)
Interview - Bilik Mesyuarat desasiswa Jaya (10.00am- 3.00pm)
Bilik Mesyuarat BHEPP (10.00am- 3.00pm)

OPEN KEPADA Degree in Electrical/Electronic/Computer Science/Chemical /Mechanical/ Material Engineering or Chemistry.

For more information jus call me 04-5995733 or 019-4703459 Miss Norzita Nanyan (BHEPP)- Unit Kaunseling.

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk ?

|

Siapakah Mustafa Kamal Attaturk ?
February 4, 2009


Beliau lahir pada tahun 1881 disebuah kawasan miskin di Salonik, Turki. Salonik adalah kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol yang berhijrah ke situ. Salunik sebuah bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Jika ditelusuri latar belakangnya, bermakna dia dari keturunan Yahudi. Beliau sempat berada di sekolah Fatimiyyah yang masyhur. Namun selepas itu ayahnya menukarkan beliau ke sekolah lain yang memakai sistem barat kerana benci kepada sheikh-sheikh agama. Peringkat menengah beliau memasuki sekolah tentera dan menjadi ahli Freemasonry. Ketika zaman mahasiswa, Kamal bergabung dengan kumpulan nasionalis yang fanatik. Kelompok ini tidak jemu-jemu menyalahkan Islam sebagai punca keterbelakangan Turki dan terus menerus menyebarkan kebencian terhadap Syariat yang dianggap kolot serta menjadikan ajaran-ajaran sufi sebagai bahan tertawaan.
Kamal menyatakan keinginannya untuk membangunkan Turki yang dihormati oleh Negara-negara lain di dunia. Ia pernah menyatakan, ” Saya adalah Turki ! Menghancurkan saya sama ertinya dengan menghancurkan Turki ! ” Setelah berkuasa, Kamal menyatakan dengan tegas bahawa ia akan menghancurkan seluruh kesan-kesan Islam dalam kehidupan bangsa Turki. Hanya dengan menghapuskan segala sesuatu yang berbau Islam, maka Turki boleh memperolehi kemajuan menjadi bangsa yang moden.

Kamal juga menyerang Islam dengan ungkapan, ” selama hampir 500 tahun, hukum dan teori-teori ulama’ Arab serta tafsir para pemalas dan tiada guna telah menentukan hukum perdata (baca:hukum berkaitan harta) dan pidana (baca:hukum berkaitan jenayah) Turki. Tidak ada wahyu Tuhan ! Islam itu hanyalah rantai yang digunakan para ulama’ dan penguasa zalim untuk membelenggu rakyat. Penguasa yang memerlukan agama adalah orang yang lemah. Orang yang lemah tidak boleh berkuasa ! “.

Ketika berkuasa, Mustafa Kamal menjadi dictator absolute .Seluruh bangsa Kurdis di Turki dibinasakan dengan cara yang bengis ,desa-desa dibakar ,ternak dan hasil tanaman dimusnahkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibantai. Bangsa Kurdis adalah bangsa yang beragama Islam. Mereka bukan orang Turki. Solehuddin Al-Ayubi juga adalah bangsa Kurdis. Rakyat Turki juga harus menerima reformasi anti Islam seperti larangan mengenakan fez / tarbus (kopiah Turki) dan serban. Rakyat Turki diwajibkan mengenakan pakaian Eropah, wajib menggunakan tulisan Turki (tidak boleh menulis tulisan Jawi dan Arab), kalendar Hijrah dihapuskan dan Hari Ahad adalah hari cuti menggantikan Jumaat. Akibatnya, jutaan rakyat Turki khasnya di desa-desa dan Bandar-bandar kecil mengutuk Mustafa Kamal.

Tanggal 29 Okt 1923 menjadi satu hari bersejarah untuk umat Islam sedunia. Rancangan awal Mustafa Kamal mendapatkan keberhasilan. Beliau berdiri diatas pentas dan mulai menyampaikan ucapan. “Anda telah menugaskan saya untuk menyelamatkan keadaan di saat yang kritis ini. Namun krisis ini bukan akibat perbuatan anda. Sumber dari krisis ini bukanlah satu perkara yang sederhana ,namun kesalahan mendasar dalam sistem pemerintahan kita. Majlis Nasional melaksanakan fungsi sebagai lembaga legislative. Setiap anggota Majlis Nasional masih harus ikut campur dalam setiap pengambilan keputusan pemerintah dan turut mengatur Kementerian- kementerian pemerintahan dan keputusan para Menteri.

Tuan-tuan ! Tidak seorang menteri yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima kedudukannya dalam keadaan seperti itu. Anda harus menyedari bahawa pemerintahan yang dibangun dengan landasan seperti itu tidak akan dapat berdiri tegak dan kalau pun tegak, itu satu pemerintahan yang kacau bilau. Kita harus mengubah keadaan ini. Oleh sebab itu, saya telah memutuskan bahawa Turki harus menjadi sebuah Republik dengan seorang Presiden yang terpilih”.

Pidato itu pun menyudahi Khilafah Islam yang memang sudah runtuh sejak tergulingnya Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 dan digantikan oleh Sultan Muhammad V. Pidato itu hanya sebagai bulldozer yang menyapu bersih puing-puing khilafah yang telah hancur. Mustafa Kamal Attaturk menyempurnakan penutupan buku dengan terpilihnya dia sebagai Presiden Turki dan pengkhinat besar dalam sejarah Islam.

Antara tarik-tarikh penting yang perlu kita ketahui:
1) 28 Okt 1922 - satu muktamar diadakan dan wakil Kerajaan Turki dijemput bagi memutuskan pembentukan Republik Turki dan penghapusan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan tidak dibenarkan wakil Turki bersuara.
- Majlis Kebangsaan Turki membuat keputusan memecat Sultan Muhammad IV (selepas Sultan Muhammad V ) dan sistem khalifah dihapus.
2) 17 Nov 1922 - Majlis Kebangsaan isytihar Turki adalah negara Republik dan jawatan sultan tidak diperlukan lagi sehingga Sultan Muhammad IV melarikan diri.
3) 24 Julai 1923 - Turki mesti membebaskan Qobrus, Syam, Iraq, Al-Jazair,Tunisia, Mesir dan Libya dari taklukannya dan dibahagi sesama Inggeris.
4) 3 Mac 1924 - Sistem Khalifah dihapus secara rasmi dan Ankara diisytihar sebagai ibu Negara Turki menggantikan Istanbul.

Catatan: Artikel ini dipetik dari Majalah Sabili, Indonesia, edisi 18 Disember 2008 dan juga buku Gerakan Freemasonry- Musuh Dalam Menghancurkan Islam

Mengenang Tokoh: As Syahid Sheikh Ahmad Yassin

|

Mengenang Tokoh: As Syahid Sheikh Ahmad Yassin
January 28, 2009

Mengenang Sheikh Ahmad Yassin1938- 2004
Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru ? gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti ? aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah ? khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian ? pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam?.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ?al-Mujahidun al-Filastiniyun? pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ?Kataib Syuyukh? yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada kondisi Negara ? Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan ? rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid ? masjid dari kalangan orang ? orang muda yang dikenali dengan nama ?Atfal Hijarah? (Kanak ? kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari ?Intifadah? ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan ? tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi ? operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera ? tentera dan komando ? komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera ? tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru ? parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang ? alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap ? tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar ? Bandar, membunuh orang ? orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang ? pejuang Palestin dan pemimpin ? pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet ? jet pejuang, helikopter dan juga kereta ? kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain ? lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidkak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilaman sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.