Apa sudah jadik YB Najib

|

Apa sudah jadik YB Najib

Berita terkini, dengar kata lebih 3 ahli parlimen BN akan meletak jawatan pasal x puas ati ngan cabinet baru Najib. Huhuhuhu.. semalam MIC pun nak boikot cabinet najib dengan cara x mau masuk cabinet, yang diketuai oleh s.m vellu, tapi ade kesan ke kalo mic kuar. Org India lanih pun da x pandang sngt kat mic. Ak rase s.m vellu x puas ati sebab diorang da x dapat pegang JKR kot. Huhuhuhu

Berita bawah nih diambli dr http://perakexpress.blogspot.com/Khabarnya setelah ramai yang kecewa dengan pengumuman barisan kabinet yang baru,2 Ahli Parlimen dari Terengganu,1 Ahli Parlimen dari Sabah,1 Ahli Parlimen dari Perak,dan 1 Ahli Parlimen dari Johor akan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.Mereka ialah Dato Mohd Nasir-Kuala Nerus-,Dato Mohd Jidin-Setiu-,Dato Tajuddin Rahman-Pasir Salak,Dato Bung Mokhtar-Kinabatangan-,dan Datuk Halimah Sadiuqe-Tenggara.Mereka dikatakan akan meletak jawatan sebagai langkah awal dan akan diikuti oleh ahli parlimen lain.Ini berlaku berikutan Y.A.B PM yang baru telah membentuk suatu barisan kabinet yang goyah dan tidak stabil dan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Y.A.B PM yang baru"

Baru balik dari rusuhan kat Thailand da kene rusuh ngan ahli parlimen.. sian najib huhuhu

Ahli Nujum Politik

|

Ahli Nujum Politik

Selepas penat dengan isu politik di dua bukit dan batang air, kali ni saya nak berkongsi pendapat mengenai scenario politik sekarang.

Dari kaca mata aku la(yang sememangnya berkaca-mata) dalam tempoh 5 ke 10 tahun dari sekarang, jika BN (barisan nasional bukan name sebenar) tidak melakukan perubahan dari segi caram memerintah, monopoli media, amalan yang negative dan memcam lagi yang x bagus. Maka BN akan mengalami kekalahan dalam plihanraya dalam tempoh tersebut.

Ini berdasarkan keadaan semasa yang dilihat: umur 40 tahun kebawah lebih cenderung kepada PR, ini dapat dilihat dengan pilihanraya yang baru lepas nih dimana golongan muda ataupun belia lebih banyak meletak kan undi untuk PR.

Manakala mereka yg berumur 40 tahun keatas masih tegar untuk menyokong BN yang bagus ini. Maka undi mereka inilah yang banyak membantu bagi calon BN.

Budaya belia Malaysia sekarang yang lebih cenderung kepada bahan media yang adil dan saksama menambahkan lagi pengaruh bahan bacaan alternative dikalangan belia dan ini merancakkan lagi scenario politik Negara. Maka golongan media lebih mempercayai bahan alternative berbanding bahan media rasmi

Pengaruh kerajaan terhadap media rasmi yang terlampau (bukan aksi terlampau) seperti TV1 hingga 3 hehehhehe, utusan. B.harian dan seangkatan dengan nya. Akan menyebabkan golongan belia semakin bosan dan jijik dengan kerajaan kerana belia hanya mahukan satu platform yang adil dan telus dalam menyampaikan isu semasa. Bukan nya semua kebenaran dan kebaikkan yang dipaparkan tetapi keburukan juga diberitahu (adil dan jujur, bukan keadilan tau) yang penting untuk kebaikkan semua rakyat RENUNG-RENUNGKANLAH….

Jadi golongan belia adalah unsur utama dalam pembentukan politik akan datang
(tunggu 10 tahun lagi ak pun nak bertanding.. no duit-duit aaaaa. Hahahahah)

BELIA TONGGAK NEGARA

Senarai penuh anggota kabinet

|

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Timbalan:1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim
Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen
Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar
Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan:
atuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha
Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman
Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan:
Datuk M Saravanan

Kepelikkan yang dahsyat dalam pemuda UMNO

|

http://www.malaysiakini.com/news/102010

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).
.......................................................................

inilah pertama kalinya sepanjang aku mengikuti politik. ketua pemuda UMNO TIDAK masuk dalam kabinet, walaupun sekadar menjadi timbalan menteri.

Adakah warisan Pak Lah ini tidak dapat survive dalam kabinet yang baru ini, ataupun sume orang sudah dapat menilai ke kredibilitian nya..

sama-sama kita renungkan

Sah Khairy Jamaluddin tak masuk kabinet

|

berita dari malaysia kini...
hahahha
sah KJ x masuk kabinet, mukhriz masuk huhuh.. kan dah kena

http://www.malaysiakini.com/news/102006

Prime Minister Najib Abdul Razak today announced his much awaited cabinet.

His press conference to make the announcement started at 3pm. He is flanked by Muhyiddin Yassin.

The cabinet reflects the government's aim to focus of people-first paradigm, Najib said, adding that there would be 28 ministers and 40 deputy ministers.

He said two ministries have been merged and one new ministry formed. A separate portfolio has also been created to oversee national unity under the PM's Department.

He also said that he would personally look into the performance of each minister every six months.

The members of his cabinet are:

Muhyiddin Yassin - Deputy PM

Ministers in PMs Department

Koh Tsu Koon - Unity and Performance
Nor Mohamed Yakcob - Economy Planning Unit
Nazri Abdul Aziz - Parliament
Jamil Khir Baharom - Religious Affairs

Finance Ministry

Najib Abdul Razak (1)
Ahmad Husni (2)

Education Ministry

Muhyiddin Yassin

Transport Ministry

Ong Tee Keat

Home Affairs Ministry

Hishammuddin Hussein

Information, Culture, Arts and Communications

Rais Yatim

Energy, Green Technology and Water

Peter Chin

Rural Development

Shafie Apdal

Higher Education

Khaled Nordin

International Trade and Industry

Mustapa Mohamed

Deputy: Mukhriz Mahathir

Tourism

Ng Yen Yen

Agriculture

Noh Omar

Defence

Ahmad Zahid Hamidi

Works

Shaziman Mansur

Health

Liow Tiong Lai

Sports and Youth

Ahmad Shabery Cheek

Human Resources

S Subramaniam

Housing and Local Goverment

Kong Cho Ha

Women, Family and Community Development

Shahrizat Abdul Jalil

Foreign Ministry

Anifah Aman

FT Minister

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Consumer Affairs and Domestic Trade

Ismail Sabri Yaakob

Key ministers dropped

Those top ministers dropped are Azalina Othman (Tourism), Syed Hamid Albar (Home), Muhammad Muhd Taib (Rural Development), Amirsham A Aziz (PM's Department) and Ong Ka Chuan (Housing).

Also not included in the new line-up is Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, but his rival Mukhriz Mahathir has been named a deputy minister.

Khairy is the only head of the three Umno wings not appointed minister.

hahaha.. syok, syok

Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.

|

Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.

hahaha ape citer nih. kate ketua pemuda.. lawak la. Datuk Mukhriz Mahathir ade lak dalam kabinet, Naib ketua Pemuda Umno yang baru - Datuk Razali Ibrahim - pun ade dalam kabinet isk!!!

http://www.malaysiakini.com/news/101892

Barisan kabinet baru yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok, dipercayai penuh dengan kejutan dengan membariskan ramai muka baru.

Malaysiakini difahamkan bahawa anggota kabinet kali ini terdiri daripada barisan pemimpin yang mendapat sokongan akar umbi dan mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi (Umno) yang baru.

Esok juga, Najib dijangka mengumumkan pelantikan Tan Sri Muhyiddn Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Di samping itu, Muhyiddin juga dijangka dilantik menerajui kementerian dalam negeri.

Selain membariskan ramai muka baru, kabinet esok juga dijangka menyaksikan penggabungan beberapa kementerian.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memenangi jawatan naib presiden Umno, akan kekal menerajui kementerian pelajaran yang dijangka digabungkan dengan kementerian pengajian tinggi.

Nama-nama lain yang disebut-sebut akan membarisi kabinet baru termasuklah ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang dijangka menerajui kementerian belia dan sukan.

Menteri penerangan baru

Manakala penyandangnya, Datuk Ismail Sabri Yaakob - yang turut menang kerusi Majlis Tertinggi Umno - dijangka dipindahkan ke kementerian pelancongan.

Seorang lagi muka ialah Senator Datuk Azian Osman yang dijangka dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri (JPM).

Beliau yang juga pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menduduki tempat keempat dalam senarai pemenang kerusi MT Umno.

Naib ketua Pemuda Umno yang baru - Datuk Razali Ibrahim - juga dijangka dilantik menerajui kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.

Manakala seorang lagi muka baru ialah ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan yang dijangka dilantik menerajui kementerian penerangan.

Manakala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang kini menteri di jabatan perdana menteri - dijangka dilantik menggantikan Muhyiddin di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Chor Ha menteri perumahan?

Ahmad memenangi jawatan naib presiden dengan undi tertinggi. Sseorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dijangka dilantik sebagai menteri pertahanan.

Manakala menteri pertahanan dijangka diisi oleh seorang lagi muka baru - Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau yang menduduki tempat kelima kerusi MT juga merupakan bendahari Umno Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula dijangka dilantik sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di JPM.

Manakala Naib Presiden MCA yang baru - Kong Chor Ha - dijangka dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Malaysiakini difahamkan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Rembau tidak terpilih menganggotai kabinet baru Najib.

PEPUN INI HANYA SATU RAMALAN HEHEHEHEHE!!!! SABA YE SUME KITE TENGOK SAPE YANG KENA..

Ermmm Sape yang betul ???

|




Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.


Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.


Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.


Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.


Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."


"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.


"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.


"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid.


Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.


Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah."Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka."(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya. Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini."Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum."Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.






KUALA SEPETANG, 2 April : Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang 1 April malam tadi benar-benar mengejutkan.


(Gambar atas: Zahid sedang mencatat sesuatu dengan penyanyi seksi di belakangnya. Gambar Malaysiakini)

Yang dibimbangi kalau-kalau beliau sendiri terlibat dalam menganjurkan majlis sebegitu.
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Yang paling mengejutkan lagi apabila Zahid berkata, "ia harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

agak-agak mane yang betul, politik-politik!!!, begitulah die