Saya mahu jadi jurutera

|

Assalamualaikum

Aku mahu menjadi engineer, lepas tuh pencen tambah amal ibadah, lepas tuh mati..
berapa ramai diantara kita yang mempunyai mentaliti yang sebegitu, mesti ramaikan. Mengapa minda kita dibatasi begitu, ada sebab nya. Faktor luaran yang mengaturnya begitu, kemalasan, habis tujuan DSB..
Namun mengapa manusia diangkat khalifah jika minda kita di perbataskan, bukan kah khalifah itu luas minda nya, luas tanggungjawabnya, banyak tanggungan nya
Islam itu syumul.. namun adakah kita mensymulkan islam itu dalam diri kita, pernahkah kita terfikir.
kehidupan Islam yang syumul itu menyebabkan kita sentiasa menggunakan setiap ruang yang ada, setiap peluang yang ada, bertindak diluar batas hidup norma.

jika dahulu hanya memikir untuk berkerja, pencen dan mati.. kali ini kita harus berfikir untuk sentiasa menambah ilmu tidak kira apa bidangnya, menyampaikan ilmu itu dengan sebaiknya, membantu segalanya dengan ilmu yang ada dan segalanya bagi melengkapkan keharmonian dunia ini
pernahkah kita terfikir..
jika dahulu ibnu sina yang meguasai pelbagai cabang ilmu bukan hanya pada perubatan.
para cendiakawan yang mengusai pelbagai cabang ilmu yang berlainan teori nya..
mengapa ini terjadi. kerana mereka tidak membataskan minda mereka seperti yang kita ada sekarang ini..
kematian sentiasa mendahului mereka.. Melakukan perkara seolah-olah hari mati bagi mereka, mencetuskan keninginan buat sehabis baik kerana esok sudah tiada peluang..
jadi mari kita mengubah mentiliti yang dahulu mengatakan cukup untuk mengusai satu bidang. kali ini kita ubah agar penambahan ilmu dalam diri kita sentiasa bertambah selagi mana jasad di knadung badan..
Mengertilah islam itu syumul.. Namun syumulkah islam itu dalam diri kita..
ubah minda.. jurutera bukan hanya menyelesaikan masalah kejuruteraan , tapi jurutera juga boleh menyelesaikan isu maysarakat, agama, sosial, tata hidup, perubatan DSB..
pentingkan diri bukan sifat khalifah..
Renung-renungkan...

salam