Rezeki tuhan

|

Assalamualaikum…

Apa khabar rakan-rakan, sume ok tak. Result exam akan keluar x lama lagi. Mesti suspen kan? Usah gusar kerana semua rezki itu datangnya dari tuhan.

‘Dan ingatlah! Berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama. Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dialah jua yang mendengar, lagi mengetahui’(Al-Ankabut, 60)

Jadi yakinlah kita dengan tuhan bahawa segala ketentuan adalah datang dari nya (bukan dari manusia) , jika berlaku sebarang kekurangan kita muhasabah diri, jika terdapat kelebihan kita kaji hikmahnya, itulah sebaik-baik muslim. Kerana apa, segala rezki tuhan beri, atau segala benda tuhan kurniakan pasti ada hikmahnya.

Bercakap mengenai rezki nih. Saya tertarik untuk mengetengahkan isu subprima yang terjadi baru-baru ini. Semua nya terjadi kerana perbelanjaan yang berlebih lebihan hingga tidak mampu untuk di tangggung semuanya. Ini bermakna ia bertentangan dengan konsep yang islam ajarkan dalam berbelanja iaitu bersederhana dalam bebelanja, tapi biasalah manusia. Dapat duit mesti habisnye..

Saya nak kaitkan kejadian diatas dengan kehidupan kita, berapa ramai diakalngan kita ini yang tidak pernah berhutang lansung seumur hidupnya dalam berbelanja.. haaaa.. cepat angkat tangan,, hehehe.. mesti x ramai kan , dan mungkin semua pernah berhutang. Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang kerana apa, ia mencerminkan hidup umatnya yang tidak bersedehana dalam hidup yakni berbelanja lebih dari kemampuan. Jadi sama-sama kita renungkan