STROKE: Remember The 1st Three Letters.... S.T.R.

|


STROKE: Remember The 1st Three Letters.... S.T.R.


My nurse friend sent this and encouraged m e to post it and spread the word. I agree.


If everyone can remember something this simple, we could save some folks. Seriously..


Please read:


STROKE IDENTIFICATION:


During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall, she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .....she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.


They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening.


Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die, they end up in a helpless, hopeless condition instead.


It only takes a minute to read this...


A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke... totally . He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.


RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the "3" steps, STR . Read and Learn!


Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke .


Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:


S * Ask the individual to SMILE.

T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) i.e. It is sunny out today)

R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.


If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call 999/911 immediately and describe the symptoms to the dispatcher.


New Sign of a Stroke ------- Stick out Your Tongue NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other , that is also an indication of a stroke.


Santai.. Skema Jawapan Sejarah SApe nih???

|






*Nak best klik kat gamba supaya jadik besar, dan senag di bace

Heheh best kan. Anak Sapa LAnih...





Obama Se-Orang Yahudi??

|

Bismillah-ir Rahman-ir RahimDengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang






Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?



Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts.. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel."My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama.. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam".

Benarkah begitu?Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.
Berhati-hatilah kita....

Obama: Artikel menarik

|

WASHINGTON:
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berdepan tugas berat selepas selesai majlis angkat sumpah esok kerana mewarisi banyak krisis daripada pentadbiran George W Bush, yang menjadi penentu jatuh bangun pemerintahannya.
Malah, ini diakui sendiri oleh bakal presiden kulit hitam pertama Amerika itu ketika memberikan ucapan kepada penyokongnya dalam lawatan kereta api dari Philadelphia ke Washington, kelmarin.
"Tidak banyak tercatat dalam sejarah kita berdepan cabaran yang amat hebat. Ekonomi merudum. Dua peperangan, satu daripadanya perlu ditamatkan secara bertanggungjawab, satu lagi perlu ditangani dengan bijak. Planet kita semakin panas berikutan sikap yang terlalu bergantung kepada minyak," katanyaBagi Obama, gelombang krisis yang sempurna itu mewakili kelemahan kuasa dan peluang mengukir namanya bersama-sama segelintir presiden hebat yang menyelamatkan negara mereka.
Pembantu kanan Obama berkata, tugas pertama yang menantinya sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan ialah menghalang masalah ekonomi Amerika yang sedia goyah dengan kemelesetan mengancam menjadikan negara itu mengalami kejatuhan amat teruk.
Dalam dasar ekonominya, Obama berjaya mengemudikan kapal dengan berkesan untuk beberapa minggu, dan memperkenalkan pakej merangsang ekonomi di Kongres.
Beliau meminta kerjasama anggota Republikan dan Demokrat, menunjukkan kesediaan menukar rancangan apabila berdepan tentangan ketika berterusan menekankan ekonomi akan merudum selama bertahun-tahun tanpa tindakan segera diambil.
Apabila memasuki Rumah Putih secara rasmi esok, Dewan Perwakilan akan bersedia berusaha menjayakan pelan rangsangan bernilai AS$825 bilion (RM2.8 trilion), dengan harapan tinggi Obama mampu membawanya ke Kongres menjelang pertengahan Februari ini.
Dewan turut berusaha untuk memaksa perubahan kepada separuh kedua bantuan kewangan bernilai AS$700 bilion (RM2.4 trilion) selepas pentadbiran Bush dituduh membazirkan separuh pertama yang masih bersedia dipinjamkan.
Senat sudah pun bersedia untuk mengundi memberikan wang itu. AFP

Pulih ekonomi fokus utama
WASHINGTON 19 Jan. -
Agenda penting dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) bermula esok ialah untuk memulihkan ekonomi negara kuasa dunia itu.
Dengan masa yang cukup terhad itu, beliau sedang giat mempersiapkan diri bagi melaksanakan usaha pemulihan tersebut, menjelang pengambilan alih kuasa daripada Presiden George W. Bush, esok.
Obama dan penasihat-penasihatnya telah menemui para penggubal undang-undang mengenai cadangan mengadakan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$825 bilion dan permohonan untuk menggunakan baki AS$350 bilion dana menyelamat institusi kewangan.
AS mula mengalami krisis ekonomi pada Disember 2007 dan menghadapi kelembapan ekonomi selama 12 bulan yang terpanjang sejak krisis ekonomi pada awal 1980-an.
Keadaan itu mendorong Obama bekerjasama dengan Kongres yang dipimpin oleh Parti Demokratik untuk mengadakan pakej bantuan bernilai lebih AS$775 bilion bagi menjana semula ekonomi. Beliau mahu ia diluluskan pada pertengahan Februari ini.
Pelan tersebut akan menjana projek-projek kerja awam seperti pembinaan jalan-jalan raya baru dan sekolah, serta menyediakan insentif bagi mempromosi kecekapan tenaga. Ia termasuk pemotongan cukai.
Namun, ahli-ahli Senat daripada Parti Demokrat juga mendesak beliau untuk memasukkan juga cadangan pemotongan cukai bagi perniagaan yang mengambil pekerja baru.
Pasukan Obama telah berjaya memujuk Senat untuk meluluskan pengeluaran baki separuh daripada program menyelamat kewangan sebanyak AS$700 bilion.
Pakej menyelamat itu tidak disenangi oleh ramai penggubal undang-undang yang merasakan ia telah disalurkan terlalu banyak kepada firma-firma kewangan dengan syarat-syarat yang mudah.
Sebaliknya, ramai yang mahukan dana tersebut digunakan untuk membantu pemilik rumah yang mengalami masalah rumah mereka akan disita.
Obama telah bersetuju dengan saranan tersebut dan berikrar untuk menyusun semula dana menyelamat tersebut.
Daripada segi jangka panjang, Obama berjanji untuk memperketatkan peraturan ke atas Wall Street, yang dikatakannya kurang pemantauan merupakan punca utama pasaran saham itu mengalami krisis kewangan.
Apakah keutamaan tertentu terpaksa dipinggirkan sementara waktu? Para penganalisis percaya bahawa beberapa isu keutamaan domestik seperti janji untuk menyusun semula sistem penjagaan kesihatan dan menyediakan pelan besar untuk menangani perubahan cuaca, mungkin perlu ditangguhkan sehingga ekonomi AS berjaya distabilkan.
Menyusun semula peraturan kewangan akan kekal menjadi keutamaan yang penting tetapi ramai pakar merasakan kemajuan besar daripadanya hanya akan dapat dilihat pada akhir tahun.
Ini kerana Obama akan memberi tumpuan kepada isu pelan rangsangan dan menyelamat kewangan. - REUTERS

Tentera Zionis berundur hari ini
BAITULMAQDIS 19 Jan. -
Pegawai-pegawai Israel berkata, bala tentera Yahudi itu akan meninggalkan Genting Gaza sepenuhnya sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44, esok.
Ia adalah petunjuk rasmi pertama Israel merancang mengundurkan seluruh tenteranya selepas mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak di Gaza lewat Sabtu lalu.
Keputusan berkenaan kemungkinan ada kaitan dengan keinginan rejim Zionis untuk mewujudkan hubungan permulaan yang lancar dengan pentadbiran baru AS.
Ribuan anggota tentera Israel mula keluar dari Gaza pada Sabtu lalu selepas mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak, bagaimanapun pemimpin Israel menyatakan tenteranya akan terus berada di Gaza untuk beberapa ketika.
Hamas juga mengumumkan gencatan senjata selama seminggu, semalam.
Jurucakap kerajaan Yahudi, Mark Regev enggan mengesahkan mengenai jadual waktu pengunduran tersebut.
Beliau berkata: ''Hanya, apabila Gaza kekal 'senyap' barulah pengunduran sepenuhnya tentera Israel akan dilakukan segera''. - AP


http://www.ontheissues.org/Barack_Obama.htm

Israel Dan Obama

|

Israel Dan Obama

Assalamualaikum… Geram ak lihat askar zionis menyerang Palestine dengan rasa bangga , tapi apa kan daya, hanya bole berdoa , memboycot dari jauh je huhuhu..

Kali ini ak tertarik dengan isu perletakkan jawatan bush yang digantikan dengan Obama pemimpin yang dikatakan membawa total demokrasi di USA sebab warna kulit. Namun ape yang ak lebih tertarik adalah, elok je obama naik rumah yang di cat pituh tuh, terus Israel berundur dari Bandar GAZA. Menarikkan..

Jadi apa yang menariknya. First korang kene tau bahawa semua presiden USA yang naik adalah memerlukan restu dari golongan berpengaruh ekonomi yahudi. Jadi sudah tentulah presiden yang naik ini perlu mendokong visi & misi yahudi keji ini. Jadi kenapa Obama masuk umah berwarna putih itu je, Israel terus berundur.. menarikkan….

Pada pandangan aku, kita jangan mudah tertipu dengan sandiwara dan statergi yahudi. Ini adalah langkah pertama diorang untuk membersihkan sedikit nama diorang, dengan erti kata meredekan ketegangan ekonomi yahudi ni. Maksud nya. Bila diorang tak serang Palestine orang akan gembira, so barang diorang da x kene boycott, so ekonomi diorang pulih skit la. So keadaan nih la diorang nak kumpul duit balik…

Jadi apa kaitannya dengan Obama,,, Obama adalh presiden USA. Jadi dia adalah orang yang berpengaruh di PBB dan politik dunia. Dengan penguduran Israel orang akan beranggapan bahawa Obama memberi harapan pada dunia, membawa keamanan tanpa telunjuk yahudi. Huhuhuh … menarik bukan, tapi hakikat nya, Obama masih terikat dengan yahudi, dan hidungnya semestinya telah ditarik oleh yahudi, so lakonan penguduran Israel dan perlantikan Obama hanyalah satu usaha yahudi untuk semua pendudukk dunia tahu bahawa Obama boleh diharap dan di percayai, bermakana segala kata Obama boleh diharap… Tapi percayalah jika ia terjadi, ekonomi yahudi akan pulih dengan bantuan Obama, bila ia pulih serangan terhadap palestin akan terjadi lagi

Teruskan boycott anda terhadap barangan yang menyalurkan dana kepada askar zionis yang kejam itu. Teruskan boycott anda hingga akhir NYAWA.. agar ekonomi dunia akan dikuasi oleh UMAT ISLAM..

Pemimpin Oh pemimpin….

|

Pemimpin Oh pemimpin….

Sekarang nih semua orag sibuk dengan pilihan raya kampus USM terutamanya. Dan khusus nya kampus kejuruteraan. Aku tengok semua jentera dari setiap calon sibuk menggerakkan segala macam peluang dan ruang untuk meraih sokongan dari pelajar-pelajar usm kkj…

Tapi ak tak mahu untuk berbincang pasal pemimpin yang perlu di pilih. Sebab ak tengok banyak dah ornag dok forward kat ym blog-blog yang menceritakan pasal who is the best selection leader?? Huhu dasyat blog-blog yang ak bace tuh..

So ak nak tulis pasal pelajar yang nak pi mengudi nih.. ini nasihat ak:

1. first korang kene tau camne nak menanada kertas undi. Korang kene tau camne nak buat tanda ( X ). Jangan wat tanda √ or tanda / or pelbagai lagi tanda yang boleh dibuat. INGAT!!! BERLATIH BUAT TANDA X

2. bila dah pandai buat tanda X, make sure korang tahu nama orang yang korang nak undi. Jangan tau muke je k . nanti takut korang salah pangkah nama orang, k. INGAT!!! KENAL ORANG YANG KORANG NAK PANGKAH TUH. ( pangkah untuk mengudi, bukan pangkah untuk band orang tuh )

3. lagi satu, korang kene WARAS.. kalo rase tengah penin-penin jangan mengudi sebab korang akan mengundang pada undi rosak, salah undi orang dan korang akan menganggu ketenteraman awam.

4. haaaa sebelum pi mengundi korang kene ade pendirian ok. SO korang kene WAT RESEARCH skit pasal calon yang korang nak pilih tuh. Bile korang da kenal calon baru korang yakin nak undi die. BTul x.. JANGAN IKUT CAKAP KAWAN JE, TENTUKAN SENDIRI PEMIMPIN MASA DEPAN ANDA

5. Kemudian.. yang nih korang kene tengok peta skit. Makesure korang tau kat mane nak mengundi ok. Jangan main belasah je nak mengundi kat memane sebab akan menyusahkan orang SPR. lagi satu nanti korang x leh mengudi huhuhuh.

6. terakhir sekali, pergilah mengundi dengan ketenangan. JANGAN kelam kabut, kita x mahukan kecelakaan , selamatlah tiba di pusat mengundi. SETIAP UNDI ANDA ADALAH BERHARGA

Kepada semua pengundi yang akan menentukan masa depan pemimpin USM KKJ buatlah undian dengan sebaiknya.

Kepada semua jentera calon, buat lah promosi anda sebaik-baiknya, JANGAN membangkitkan isu-isu sensitive, JANGAN tipu-tipu, JANGAN sabotaj-sabotaj. Buatlah kerja dengan telus dan ikhLas hanya kerana tuhan….k
wassalam

Holocaust version Palestin

|

Holocaust" and "Shoah" redirect here. For other uses, see Holocaust (disambiguation) and Shoah(disambiguation).The Holocaust (from the Greek (holókauston): holos, "completely" and kaustos, "burnt"), also known as haShoah (Hebrew: השואה), Churben (Yiddish: חורבן) is the term generally used to describe the genocide of approximately six million European Jews during World War II, as part of a program of deliberate extermination planned and executed by the National Socialist German Workers’ Party (Nazi) regime in Germany led by Adolf Hitler.[2]

Assalamualaikum....
Semakin hari semakin ramai yang terkorban di GAZA, Apa yang dapat saya adaikan adalah umpama holocaust version rakyat pelsetin...... Israel semakin gilakan darah kan rakyat Palestin. jika dahulu mereka menagih simpati kepada rakyat dunia untuk mendapatkan negara dengan alasan bangsa yahudi di bunuh beramai-ramai (holocaust) yang di katakan dilakukan oleh tentera pimpinan Adolf Hitler.
Kali ini mereka pula melakukan peristiwa yang sama tetapi kali ini mereka pula yang membunuh dengan alasan untuk melindungi diri. Padahal mereka yang menceroboh tanah orang. Inilah bangsa Yahudi, yang bukan sahaja Dilaknat oleh Allah, malah di benci oleh seluruh dunia...

Berikut Adalah keratan akhbar yang menggambarkan bagaimana Holocaust di GAZA di jalankan....


Abbas gesa Majlis Keselamatan hentikan keganasan Israel
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Palestin, Mahmud Abbas, menggesa Majlis Keselamatan PBB segera menghentikan "keganasan" dan "serangan" Israel terhadap Gaza. "Saya memohon Majlis mengambil langkah perlu bagi menyelamatkan rakyat saya di Gaza. Hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat saya," katanya berucap pada sesi majlis itu semalam. Abbas juga mendesak supaya semua laluan keluar masuk, terutama yang mengubungkan Gaza dan Israel serta Gaza dan Mesir. dibuka bagi membolehkan bantuan luar tiba di Gaza. - AFP

Agensi PBB sangkal Hamas guna sekolah serang tentera Israel

Rabu, 07 Januari 2009 10 Muharam 1430
JERUSALEM: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Hamas tidak menggunakan sekolah kendaliannya untuk menyerang tentera Israel.Israel mendakwa pejuang Hamas melancarkan mortar dari luar kawasan sekolah berkenaan, menyebabkan tenteranya membalas tembakan. Pegawai UNRWA, Christopher Gunness, berkata 40 mangsa terbunuh akibat serangan Israel ke atas sekolah berkenaan. "UNWRA 99.9 peratus pasti bahawa tiada pejuang atau aktiviti ketenteraan di sekolah berkenaan," katanya.Gunness berkata, agensi itu mahu siasatan adil dilakukan, termasuk menyoal saksi atau mendapatkan gambar tentera Israel atau sebarang bukti lain. - AP

Israel terus membedil, sekolah sasaran terbaru

07/01/2009 12:38pm
BANDAR GAZA 7 Jan.
– Tentera Israel terus membedil kubu pertahanan Hamas di Gaza mengakibatkan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat 660 orang setakat ini.Terbaru semalam, serangan tentera rejim Zionis ke atas sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyaksikan sekurang-kurangnya 48 lagi terkorban.Setiausaha PBB, Ban Ki-moon menyifatkan serangan ke atas sekolah sebagai perbuatan paling biadab. Majlis Keselamatan PBB kini berbincang dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di New York bagi memastikan serangan itu dihentikan segera.Menurut pasukan perubatan, serangan berterusan itu telah membunuh dan mencederakan ramai rakyat Palestin di Zeitun, pinggir bandar Gaza, di mana tentera Yahudi menerima tentangan hebat daripada pejuang Hamas.Serangan di Zeitun semakin sengit, manakala Khan Yunis dan Rafah di selatan bandar berkenaan terus dihujani dengan bedilan udara. – AFP


AS beri Israel kebebasan langgar Gaza
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, malam tadi menggesa semua pihak mendesak Hamas menghentikan tembakan roket terhadap Israel dan mengusahakan gencatan senjata yang berkekalan, selepas seminggu serangan udara terhadap Gaza. Namun, Pentadbiran Bush memberi kebebasan kepada Israel untuk mengerah tentera darat memasuki Gaza biar pun masyarakat antarabangsa kian mengkritik cara ia mengendalikan konflik yang sudah membunuh lebih 400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita. "Saya menggesa semua pihak mendesak Hamas untuk berpaling daripada keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah yang berusaha untuk mencapai keamanan. "Amerika Syarikat sedang menerajui usaha diplomatik bagi mencapai gencatan senjata yang bermakna dan dihormati," kata Bush dalam ucapan mingguan di radio. Teks ucapan beliau dikeluarkan Rumah Putih lewat malam tadi. Ia adalah kenyataan pertama Bush sejak konflik itu meletus seminggu lalu. Bush turut menyalahkan Hamas terhadap konflik terbaru itu dan menolak sebarang gencatan senjata sebelah pihak oleh Israel. Katanya, gencatan senjata seumpama itu hanya membenarkan Hamas meneruskan serangan roket terhadap Israel dari Gaza. "Keganasan terbaru ini didalangi Hamas, iaitu kumpulan pengganas Palestin yang disokong Iran dan Syria yang menggesa kepada kemusnahan Israel," katanya. Sebaliknya, Bush mendakwa serangan udara Israel adalah untuk mempertahankan diri selepas Hamas membiarkan gencatan senjata selama enam bulan tamat pada 19 Disember lalu dan menembak roket ke negara Yahudi itu. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Gordon Johndroe, berkata Amerika sudah menggesa Israel untuk mengelak kecederaan atau kematian orang awam semasa operasi ketenteraan, sama ada dalam serangan udara atau darat.- AFP


Bush benarkan Israel mengganas
Jet Zionis bom masjid ketika jemaah bersolat
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapan yang disiarkan semalam tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di Gaza apabila menggesa semua pihak menekan Hamas supaya menghentikan serangan roket ke negara Yahudi itu dan ia kemudian disusuli tindakan unit artileri rejim Zionis melancarkan bedilan terhadap 40 sasaran di wilayah Palestin bersama jet tempur dan bot perangnya. Sekurang-kurangnya 750 serangan udara dilancarkan Israel yang kini masuk minggu kedua dan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kemanusiaan Gaza, antaranya, 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik; sistem saluran air hanya berfungsi sekali selepas lima atau enam hari; bahan bakar dan gas memasak tiada lagi; bekalan tepung, gula, beras dan produk tenusu terlalu kurang dan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan.Dalam serangan terbarunya 13 penduduk Gaza maut selepas bedilan Yahudi mengenai sebuah masjid. Kira-kira 200 warga Palestin sedang mengerjakan solat ketika serangan itu. Bush dan sekutunya di Israel mungkin kecewa selepas serangan berkenaan gagal menghalang serangan roket dari wilayah terbabit apabila pejuang melancarkan 500 roket dan mortar ke arah Israel sepanjang minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan berpuluh yang lain cedera. Sekurang-kurangnya 460 orang, termasuk 66 kanak-kanak maut setakat ini. Tetapi Bush berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.” “Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush. Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza. - AP/AFP


Pasukan perubatan asing dilarang memasuki Palestin
Mesir benar penduduk Gaza dapatkan rawatan melalui Rafah
RAFAH, Mesir: Pasukan perubatan asing yang berkumpul di sempadan Mesir-Gaza sejak beberapa hari lalu hampa kerana tidak dibenarkan pihak berkuasa Mesir untuk memasuki wilayah Palestin itu bagi menawarkan bantuan kepada beribu penduduk yang cedera akibat serangan tentera Israel.
Seorang pakar bius dari Greece, Dimitrios Mognie hanya berupaya menghabiskan masa di sebuah kafe di Rafah berbual dengan doktor lain sambil meminum teh sementara menunggu kebenaran memasuki Gaza.
"Penungguan ini sangat membosankan," kata Mognie, yang membatalkan cutinya untuk membantu penduduk Gaza. Beliau memilih memasuki Gaza melalui Mesir yang mempunyai kawasan sempadan kecil dengan wilayah Palestin yang sempit itu.
"Keadaan ini tidak langsung masuk akal. Kenapa pada 2009 ada orang masih menghalang pihak yang mahu membantu orang susah," katanya.
Hospital terhad di Gaza dipenuhi mereka yang cedera akibat bedilan tentera Israel sejak 27 Disember lalu. Pegawai perubatan melaporkan lebih 580 penduduk Gaza terbunuh dan 2,500 cedera.
Mognie dan seorang rakan, kedua-duanya daripada pertubuhan Doctors for Peace dari Greece tiba di Rafah empat hari lalu membawa kelengkapan perubatan untuk dibawa masuk ke Gaza.
Beliau yang pernah menabur bakti di kawasan konflik di Iraq, Angola dan Somalia, berkata beliau memahami kebimbangan pihak berkuasa Mesir terhadap keselamatan mereka yang memasuki wilayah Palestin itu tetapi beliau berkata orang sepertinya sanggup menanggung risiko berkenaan.
Mesir bersama Israel mula menutup pintu masuk ke Gaza itu sejak Hamas menguasai wilayah berkenaan pada Jun 2007. Sejak Israel mula mengganas, Mesir membenarkan beberapa penduduk Gaza yang cedera parah memasuki kawasannya untuk mendapatkan rawatan perubatan melalui pintu masuk Rafah.
Seorang lagi doktor, Datuk Jemilah Mahmood dari Mercy Malaysia berkata, kumpulannya menjalin kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Mesir untuk membawa peralatan dan bekalan perubatan bernilai AS$100,000 (RM350,000) masuk ke Gaza.
Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa Mesir membenarkan peralatan dan bekalan perubatan itu dibawa masuk ke Gaza, ia menghalang beliau dan rakannya memasuki wilayah Palestin itu.
"Bolehkah awak bayangkan berapa ramai wanita cedera di Gaza dan berapa ramai doktor wanita yang ada di sana sekarang," katanya.AP

buka mata, tanya hati.. Mereka bunuh Kanak-kanak, ibu-ibu, oarng kebanyakkan... Jika dahulu holocaust di buat di pusat tahanan ataupun sesebuah lokasi, kali ini ISRAEL dengan selambanya menghapuskan bangsa palestin di negaranya sendiri dengan cara membiarkan mereka mati tanpa mendapat bantuan..

Renung-renungkanlah