masa yang berlalu

|

assalamualaikum

bosan menunggu masa yang berlalu... punuhi dengan keberkatan. penenang jiwa...
huhuhuh... masa oh masa,, datang dan pergi

Faedah Tidur Tengahari Kepada Pekerja

|

Faedah Tidur Tengahari Kepada Pekerja

oleh Khairunneezam Mohd. Noor

Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.



Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Foundation sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Kajian Sarjana

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Waktu Tengahari

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Menyihatkan

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Perspektif Islam

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Amalkan di Pejabat

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Lame tak update

|

Assalamualaikum...

huhuh lame rase tidak mengupdate blog ku. kepada sume ak nak gtaw.. ak skang da keje.. sudah tidak menjadi petani, yak ni menanam anggur hehehhe..

Aku skang da keje kat JB taw.. hahhaa so sape yg nak trun sinih contac2 la ak ye. hehehhe..

Pepun kepada teman2 trus kan perjuangan k.. menjadi insan begune

k wassalam

Sorot kembali

|

Sorot kembali

Huhuhuhu sedih rase.. dah 4 tahun ak duduk di USM, dan dah hamper 17 tahun ak mendapatkan pendidikan formal huhuh. Penat belajar ade, syok belajar pun ade
Ak amsuk USM pada tahun 2005, huhuh ambil kos kejuruteraan bahan, merupakan pilihan pertama dalam boring UPU tuh .. hhuhuhu Rezki rezki…

Bilik pertama ak adalah di blok lembaran… 31… berapa tah ak da lupe, dan sume rumet ak time tuh sume 4th year huhuhuh.. cuak je ase mule2 tuh.. mase nih baru nak kenal dunia..

Ak stat join palapes laut pun time tahun 1 la… huhuhu syahdu oooo jadik kadet, nasib allah bg ketabahan kat hati untuk abiskan jugak.. ramai gak yang tumbang

Masuk thun 2 ak dad ok jaya blik 6012 kalo x silap la.. kali nih rumet ku sumenye budak palap.. layan je… time nih la baru nak stat aktiv ngan pesatuan, baru nak kenal orang2 besa(means ade jawatan la) huuhuh.. dengan support dari semua pihak everythings look perfect for study..

Tahun 3 ak dok blik 6129 samapi la tahun 4.. ak berjumpe dengan rumet palg best hahahhaha.. selama 2 tahun nih.. very nice… syok la ade rumet cam diorang nih iaitu shahir n pesa… kakaka sume rahsia diorng dalam poketku.. MEH WANG PERLINDUNGAN HAHAHHAHA

Kat tahun 4 baru belajar tulis blog .. layan oooo. Nasib baik laa ok stail yang cool je. Hehhehe

Bayank lagi la huh , tapi malas nak tulis… best sangat dok u nih…

Pepeun ak nak ucap sekalung penghargaan kat semua membe batch ak terutama budak bahan la kan, yang lawak2, pelik2 dan sebagainya kat kelas tuh, hahahhaha… pesa, oyi, apit, apis, solihin, abu dab sesemua lah…..

Then kat trio ak, kilau n afiq.. best giler korang nih, nasib baik ak x jadk giler…

Kat dr afta n kak ita..

Bebudak jaya, mrs, penyayang, pemadam, bebduak FEC huhuhu best la kowang nih
Dan semua lah.. yang x tulis tuh jgn kecik ati kkkkk.. ak sangat2 ucap terima ksih… luv u all hahhaha. Macam teremo lak….

Pepun nnt kite wat gathering ok.. heheheh..

Wassalam.. ak akn pulang ke umah pada 15 MEI 2009.. sowi kepada semua and miintak halal semuanya.. SELAMAT TINGGAL USM……………………..

Perjalanan masih jauh…

|

Perjalanan masih jauh…

Sekarang nih ak da mula bosan ngan politik huuhuh.. yang ak rasakan rakyat hanya mahukan kuasa mereka kembali.. dapatkan kuasa melalui pengadilan rakyat itu lebih baik dan memuaskan semua pihak.. perjalanan yang singkat hanya mengundang padah dikemudian langkah.. huhuhuh

Perjalan yang jauh memerlukan langkah pertama yang betul2 kuat bagi memastikan ia memberi kesan kepada langkah yang seterusnya. Langkah yang lemah hanya mengundang kepada rebah di tengah jalan..

Minda yang keliru menumbuhkan cabang2 jalan di minda yang akan mengelirukan akal dalam memilih jalan yang sebenar. Halusinasi

Kehidupan yang sepi sangat menyakitkan namun tidak bagi mereka yang pandai berimiginasi..

Huhuhuhuhuh……. Masa yang semakin berlalu, biarlah dibawa bersama dengan pengalaman yang berguna dan indah.. rasa cinta, sayang, sedih, pilu dan keliru menjadikan kehidupan ini penuh dengan keindahan.. biarlah hati dan akal yang mematangkan diri… hanya tuhan yang esa bijak menilai manusia

Prokemp 09

|


Prokemp 09

Assalamualaikum…
Baru-baru nih aku kembali ke sekolah kesayangan ku iaitu sekolah SMKA slim river… rindu ooo lame x dating.. aku datang nih pun kerana mengikuti program PROKEMP yang dianjurkan alumni batch 98/02.. menarik la pengisian nya..

Aku sampai sekolah pada jumaat pagi dengan diambil oleh cg mahfuz(my closed teacher). Then trus pi sekolah.. syahdu je sampai kat sekolah.. teringat kisah lama.. huhuhuh

Best lah.. jumpe cg rabi, tchr rozita, cg salina, ustz zainol, cg normah dss.. huhuh best sesangat dapat jumpe diorang.. sembangpun xhabis hahahha..

Hari 1st prokemp



Aku diberi kumpulan, iaitu kumpulan 11 & 12. So kene lah berkenalan dulu.. sempoi je bebudak nih.. team ak yang ak ingat, arut, hisyam, imran, fathul, wak, dan ramai lgi (yg lain x tulis tuh still ingat lagi heheheh)



Hari 2nd prokemp

Pepagi bute dah kene bangun, buat qiamullail berjamaah.. huhuhhu ak ingat ak sorang je liat bebudak asrama lagi ramai yang liat.. saba jela…

Then abis solat subuh kite breakfast, pastuh buat riadah.. weh korang junior jangan lambat lagi tau.. mase ooooooo.. sayangi masa anda..



Abis riadah, bebudak nih di beritahu pasal cara memilih kerjaya yang sesuai ngan diri diorng.. bagus gak slot nih.. kenal gak diri tuh camne kan.. x dela men ikut membe je.. gud gud

Habis jobstreet diorang ade forum ngan alumni sekolah yang Berjaya.. alhadulillah. Hebat2 alumni sekolah ni.. harap ak pun jadik camtuh.. antara panel yang di jemput, sdri saadah 98, sdra ruzaini 98 & sdra haidi 02… hebat diorang nih..



Habis forum rehat jap kkkk.. penat ngantuk giler rase

Abis rehat sambung ngan perkongsian pengalaman ngan junior, ak kene amik bebudak form 3.. weh korang jagan pecah rahsia ek hahahahahhahaha… ambil yang baik je, yang x elok wat sempadan hehehehe. Belajar jangan malas tau

Habis perkongsian pengalaman peserta kene menyamar jadik warden puteri, warden putera, pelajar puteri & pelajar putera.. pastuh berdebat pasal SMKA hilang sinarnya, salah sapa… haaaaaaaaaaaa berdebat la korang.. hebat bebudak nih. Bole jadik pelakon terbaik lah. Sangat menghayati watak hahahhahaha.. best best, korang memang best

Petang tuh kita main explorace.. kepada bebudak yang kene angkat tuh sowi ek.. abg suruh je, kawan korang yang sesuki je angkat, dan kepada yang kene ngorat ngan bebudak pompuan tuh jangan perasan lak hahahhaha.. ak suruh tau.. NAMA SAYA ZOOL IHSAN TAU.. hahahhaa



Malam nye da penutup syadu je ase… huhuhuh.. sedih la nak pisah ngan adik2 nih… kepada f5 laki best lah korang nye pentomen, tapi pada f3 laki jangan merosakkan bahasa hahahha.. dikir barat Kelantan + bote lawak2 .. hahah tahu org Kelantan wat kene gelak je.. pepun mlm tuh memang best…

Macam bese yang bertemu pasti berpisah.. huhu k jumpe lagi junior ku…

Bebas

|

Salam sejahtera

Menjelang presentation projek tahun akhir pada selasa ini (5May2009) satu significant kepada kejayaan aku menamatkan pelajaran ku huhuh. Kalo nak lebih lagi masuk master la. Tapi x mengapa akan datang jela……. Yeaaaa BEbas

So cadangan nya hendak memasuki alam pekerjaan. Tapi apakan daya dengan ekonomi yang dalam kepulihan segala dalam rancangan Allah. Hanya mengharap padanya……
Semenjak dua menjak ini telah berlaku banya kekalutan politik, wabak dan ekonomi… semua nya menjurus kepada keadaan yang tidak stabil.. inilah cabaran yang perlu dihadapi.. TABAH jela

Errrmmmmm… aku ikuti politik semasa dan isu semasa.. keadaan sekarang sangat lawak, segala boleh dibeli dan dicari.. macam selalu aku kata kat kawan, SAKSI BOLEH CARI, BAYAR JE!!! HAHAHAH. Keadilan semakin jadi bahan mainan, tiada badan yang boleh di percayai, semuanya mahu ambil kesempatan.

Mungkin kematangan sekarang sangat sesuai untuk zaman ini. Semoga keduniaan tidak akan mengkaburi akhirat…

Apepun aku akan mula bebas ke dunia reality… BEBAS ….