Gerakkan Mahasiswa atau Gerakan Mahasiswa

|

Gerakkan Mahasiswa atau Gerakan Mahasiswa
Gerakkan Mahasiswa
1) Isu yang paling nyata sekarang adalah mahasiswa diseluruh Malaysia lebih suka tidur dan enjoy. Mereka malas untuk berfikir dan lebih suka untuk mengambil jalan mudah. Ini kerana mereka sudah ralit dengan hiburan, internet dan segala yang lagha. Jadi mahasisawa perlu di gerakkan agar suara mahasiswa kembali didengar dan memainkan peranan sebagai duta kepada masyarakat
2) Kesan akibat tidur yang lama ini menyebabkan mahasiswa tidak mampu untuk berdikari dan berpendirian teguh. Maka akan timbul isu penghasilan graduan yang tidak pandai bersosial, jumud, terima rasuah dan tidak amanah. Maka hancurlah kegemilangan bangsa. Jadi mahasiswa perlu di gerakkan dari lena yang panjang, kerana mahasiswa adalah pemimpin untuk masa hadapan
3) Penubuhan Negara bangsa hanya akan menjadi angan kosong sekarang jika mahasiswa masih tidur, kerana mahasiswa masih malas untuk berfikir dan tidak ambil kisah mengenai isu semasa. Maka segala isu yang dianggap sensitif semakin di abaikan, mungkin satu masa nanti Negara juga tergadai akibat tidur yang lama ini. Mahasiswa tidak peka pada isu semasa dunia mahupun tempatan, ini kerana mahasiswa malas nak fikir jauh dan tiada perancangan.
4) budaya supportive juga akan hilang akibat mahasiswa tidak di gerakkan. Maka budaya materialistic akan menular dikalangan pelajar. Satu tanda yang tidak sihat dan akan mencemaskan banyak pihak. Semua ini kerana mahasiswa hanya melakukan perkara hanya untuk kebendaan ataupun balasan bukan untuk pengalaman dan pembelajaran. Buktinya lihat lah berapa ramai yang datang untuk setiap aktiviti yang di anjurkan rakan mahsiswa kita yang lain. Yang ramai datang hanya AJK yang bertugas. Terbukti tiada nya budaya supportive dikalangan pelajar. Maka hancurlah Negara
5) Budaya beri peluang pada yang lain atau pun “ko buat la dulu” “ala ko je dahla” dan seangkatan dengan nya. Budaya ini semakin menular hebat. Menakutkan bukan tapi mungkin anda yang sedang membaca isu ini adalah salah seorang daripadanya. Ini terjadi kerana sikap yang cetek fikiran, malas nak fikir dan pentingkan diri sendiri. Akibat budaya inilah mahasiswa semakin bacul. Mungkin satu masa nanti pengurusan Negara pun nak bagi orang luar ataupun terhapusnya kebajikan bangsa. Baculkah anda?. Maka gerakkan mahsiswa
6) Mati nya budaya kepimpinan. Saya boleh katakana setiap yang masuk ke Universiti adalah seorang yang talent dalam kepimpinan, mereka semua ini pernah menjadi pengawas sekolah, ketuakelas ketua persatuan & memacam lagi lah. Tetapi isunya mengapa bila masuk U semuanya senyap. Adakah kerana wujudnya gerakan memadamkan kebolehan mereka ini? Jawapannya YA, siapakah mereka itu? Mereka adalah pelajar U itu sendiri kerana mereka mengamalkan SEMUA PERKARA-PERKARA DIATAS. Maka adakah anda tergolong dalam kelompok ini? Tepuk data muhasabah diri. Jika harimau hilang belangnya maka jadilah ia kucing, jadi adakah anda mahasiswa memilih untuk jadi begitu. Maka gerakkakn mahasiswa.

Mahasiswa pencorak tamadun akan datang. Maka kita perlu GERAKKAN MAHASISWA untuk membuat GERAKAN MAHASISWA. Percayalah jika kita gagal untuk gerakkan mahasiswa maka tidak perlulah saya untuk berbicara mengenai GERAKAN MAHASISWA.