Keterbukaan

|

Keterbukaan

Sejak akhir-akhir ini kita lihat ramai orang sudah berani melontarkan pandangan dan idea masing-masing. Setiap usul yang dicadangkan mempunyai maksudnya yang tersendiri , kebenarannya hanya tuhan saja yang tahu.

Lantaran lambakkan idea dan pandagan ini adalah menjadi satu isu bagaimanakah keterbukaan kita untuk menrima dan menyerap semua pandangan tersebut. Adilkah diri kita untuk menilai semuanya, atau awal-awal lagi kita telah menutup sebelah mata untuk mengendahkan semua yang kita rasa tidak selesa dengan erti kata berkepentingan diri, ataupun mengambil jalan tengah untuk tidak berfikir dengan erti kata tidak berpendirian.

Sikap keterbukaan adalah penting dalam pembentukan masyarakat dan khusus nya mahasiswa, kerana ia akan menjana kehidupan yang lebih baik dari semasa kesemasa dan membentuk maysarakat yang harmoni.

Dalam sikap keterbukaan ini kita haruslah menegakkan kebenaran dan tidak bersikap berkepentingan. Ini kerana benang yang basah sudah tentu susah untuk ditegakkan dan kewarasan dalam penerimaan akan hilang.

Kesan sikap keterbukaan :

1] membentuk sikap toleransi. Dimana dalam keterbukaan kita hendaklah sentiasa menerima kritikan dengan cara yang positif, tidak mudah melatah dan mengambil itibar berguna. Tiada budaya menuding jari antara satu sama lain.

2] berani bersuara. Keterbukaan dalam masyarakat membentuk budaya berani bersuara demi kebenaran ( jangan yang salah pun nak di betulkan ). Ini akan mematangkan pemikiran mahasiswa. Tiada sekatan dalam bersuara. Semuanya layak bersuara untuk kebenaran.

3] berhikmah. Dalam sikap keterbukaan ia mendidik kita untuk bijak menegur bukan hanya tahu mencampak batu, tapi last-last dia yang menyuruk tak mengaku. Ataupun bila berselindung lantang bersuara tapi bila berhadapan senyap pula. Segala teguran yang membina perlu di sampaikan dengan membina, tiada pengaruh emosi dalam penyampaian, mahupun pengaruh luar. Niat ikhlas kerana Allah untuk kebaikkan.

4] meperbaiki diri. Bila kita bersikap terbuka perlulah kita menbuat penambah baikkan jika di tegur, bukan nya berkeras dengan pendirian menganggap diri sempurna ataupun memarah orang yang menegur. Sentiasa bermuhasabah diri untuk kepentingan bersama.

5] harmoni bermasyarakat. Dengan erti kata tidak bersikap kepuakkan dimana hanya mendengar pendapat diakalangan nya sahaja, tidak mahu menerima teguran dari orang luar. Kadang-kadang bila kita terlalu lama berada didalam rumah hingga rumah rosak pun kita tak tahu, jadi kita memerlukan orang luar untuk menunjukkan kerosakan yang kita tidak lihat itu.
6] adil. Mendengar semua pendapat dari semua pihak, tidak pilih bulu dalam mencapai keputusan. Tidak mengamalkan kroni dalam keputusan. Membentuk budaya mencari kebenaran

7] Berfikiran terbuka akan membolehkan kita mudah diterima oleh orang lain dan ini akan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain apalagi jika sikap ini dimilki oleh seorang pemimpin dengan rakyatnya.

Keterbukaan ini penting dalam diri mahasiswa kerana ia akan membentuk jatidiri mahasiswa yang berpandgan jauh dan lebih matang. Tidak hidup dalam dunia nya saja. Mereka yang terbuka akan lebih disenangi dan bijak dalam membuat keputusan.

Namun keterbukaan ini ada hadnya seperti perkara yang melibatkan tauhid dan agama. Jadi diri sendirilah perlu bijak menapis dan menyerap segala hujah.

Corak pemikiran yang berbeza juga meberi kesan pada keterbukaan. Namun ia bukan penghalang untuk kita bersikpa terbuka. Kerana itu semua adalah dalam perancangan Allah untuk manusia melengkapkan diri antara satu sama lain.

Segalanya ikhlas kerana Allah..