Tanggungjawab sosial

|

Tanggungjawab sosial

Tanggungjawab mahasiswa yang masih belum selesai adalah tanggungjawab mempertahankan kotnrak sosial. Kenapa mahasiswa? Kerana anda golongan yang terpelajar, dan golongan berilmu di pandang masyarakat. Andalah duta-duta kecil Negara untuk masyarakat. Kerana apa? Kerana andalah yang paling hampir dengan masyarakat dan mungkin satu masa nanti mahasiswa inilah yang menjadi pemimpin dan penerus tamadun yang sedia ada.

Isu kontrak sosial telah lama di perisukan semenjak pasca dr Mahathir lagi, namun akibat ke tidak sensitive nya kita, ia memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkepentigan untuk menghujahkannya kembali. Kotrak sosial adalah isu yang perlu di pelihara agar kejadian seperti 13 MEI tidak berulang kembali. Kita tidak mahu orang luar mengambil kesempatan keatas ketidak stabilan kita.

Jadi selaku mahasiswa apakah yang boleh kita lakukan untuk menjaga perpaduan yang telah dibina selama ini.

1. Menjaga sensitivity. Dengan menjaga percakapan dengan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan racist. Ataupun perlakuan yang seumpama dengan nya.

2. Bertoleransi. Sentiasa berbincang dan berfikiran terbuka dalam menghadapi segala sesuatu.

3. Mengeratkan hubungan antara satu sama lain, tidak kira apa jua warna kulit atau bangsa

4. Tolong menolong. Memberi bantuan kepada yang memerlukan

5. Mewujudkan suasana perpaduan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang di sertai oleh pelbagai kaum.

6. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar, dapatkan maklumat yang benar dan tidak terlalu terburu-buru dalam sebarang tindak balas

7. Menghormati kaum lain.

Kontrak sosial ini adalah satu tanggungjawab yang besar perlu di pikul oleh mahsiswa untuk menjaga perpaduan dan keharmonian Negara. Jagan lah isu yang kecil kita besar-besar kan hanya kerana kepentingan diri ataupun terlalu kepuakkan dalam sesuatu perkara. Kerana isu ini adalah API

‘Jika tersalah cara ia akan marak menyala. Jadi kawal ia dengan baik’

Mahasiswa perlu selalu mengupdate info terkini agar kita sentiasa bersedia dengan sebarang isu. Kerana kita tidak mahu kita bertindak melulu tanpa usul periksa, biarlah apa yang kita perjuangkan itu ada asasnya. Ini juga dapat melindungi kita daripada anasir luar yang berkepentingan.

Kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa harus mengabil perana yang penting jika kita mahu meneruskan kemakmuran dan keharmonian yang telah sedia ada. Kita tidak mahu kejadian 13 MEI berulang, kita tidak mahu orang asing menjajah Negara kita, jadilah biarlah kita tangani nya secara bijaksana bermula dari saat ini.

Usahlah kita pertikaikan perkara yang telah termaktub dalam kotrak sosial atas dasar kepentingan diri. Kerana yang termaktub itu adalah yang terbaik boleh difikirkan. Fikirlah sebelum bertindak

Tak susah untuk memarakkan API, tetapi sekali ia marak susah untuk dipadam. Jadi apa peranan anda? renung-renungkanlah

‘MAHASISWA UNTUK MASYARAKAT’