Holocaust version Palestin

|

Holocaust" and "Shoah" redirect here. For other uses, see Holocaust (disambiguation) and Shoah(disambiguation).The Holocaust (from the Greek (holókauston): holos, "completely" and kaustos, "burnt"), also known as haShoah (Hebrew: השואה), Churben (Yiddish: חורבן) is the term generally used to describe the genocide of approximately six million European Jews during World War II, as part of a program of deliberate extermination planned and executed by the National Socialist German Workers’ Party (Nazi) regime in Germany led by Adolf Hitler.[2]

Assalamualaikum....
Semakin hari semakin ramai yang terkorban di GAZA, Apa yang dapat saya adaikan adalah umpama holocaust version rakyat pelsetin...... Israel semakin gilakan darah kan rakyat Palestin. jika dahulu mereka menagih simpati kepada rakyat dunia untuk mendapatkan negara dengan alasan bangsa yahudi di bunuh beramai-ramai (holocaust) yang di katakan dilakukan oleh tentera pimpinan Adolf Hitler.
Kali ini mereka pula melakukan peristiwa yang sama tetapi kali ini mereka pula yang membunuh dengan alasan untuk melindungi diri. Padahal mereka yang menceroboh tanah orang. Inilah bangsa Yahudi, yang bukan sahaja Dilaknat oleh Allah, malah di benci oleh seluruh dunia...

Berikut Adalah keratan akhbar yang menggambarkan bagaimana Holocaust di GAZA di jalankan....


Abbas gesa Majlis Keselamatan hentikan keganasan Israel
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Palestin, Mahmud Abbas, menggesa Majlis Keselamatan PBB segera menghentikan "keganasan" dan "serangan" Israel terhadap Gaza. "Saya memohon Majlis mengambil langkah perlu bagi menyelamatkan rakyat saya di Gaza. Hentikan pembunuhan beramai-ramai rakyat saya," katanya berucap pada sesi majlis itu semalam. Abbas juga mendesak supaya semua laluan keluar masuk, terutama yang mengubungkan Gaza dan Israel serta Gaza dan Mesir. dibuka bagi membolehkan bantuan luar tiba di Gaza. - AFP

Agensi PBB sangkal Hamas guna sekolah serang tentera Israel

Rabu, 07 Januari 2009 10 Muharam 1430
JERUSALEM: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan Hamas tidak menggunakan sekolah kendaliannya untuk menyerang tentera Israel.Israel mendakwa pejuang Hamas melancarkan mortar dari luar kawasan sekolah berkenaan, menyebabkan tenteranya membalas tembakan. Pegawai UNRWA, Christopher Gunness, berkata 40 mangsa terbunuh akibat serangan Israel ke atas sekolah berkenaan. "UNWRA 99.9 peratus pasti bahawa tiada pejuang atau aktiviti ketenteraan di sekolah berkenaan," katanya.Gunness berkata, agensi itu mahu siasatan adil dilakukan, termasuk menyoal saksi atau mendapatkan gambar tentera Israel atau sebarang bukti lain. - AP

Israel terus membedil, sekolah sasaran terbaru

07/01/2009 12:38pm
BANDAR GAZA 7 Jan.
– Tentera Israel terus membedil kubu pertahanan Hamas di Gaza mengakibatkan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat 660 orang setakat ini.Terbaru semalam, serangan tentera rejim Zionis ke atas sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyaksikan sekurang-kurangnya 48 lagi terkorban.Setiausaha PBB, Ban Ki-moon menyifatkan serangan ke atas sekolah sebagai perbuatan paling biadab. Majlis Keselamatan PBB kini berbincang dengan Presiden Mesir, Hosni Mubarak di New York bagi memastikan serangan itu dihentikan segera.Menurut pasukan perubatan, serangan berterusan itu telah membunuh dan mencederakan ramai rakyat Palestin di Zeitun, pinggir bandar Gaza, di mana tentera Yahudi menerima tentangan hebat daripada pejuang Hamas.Serangan di Zeitun semakin sengit, manakala Khan Yunis dan Rafah di selatan bandar berkenaan terus dihujani dengan bedilan udara. – AFP


AS beri Israel kebebasan langgar Gaza
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush, malam tadi menggesa semua pihak mendesak Hamas menghentikan tembakan roket terhadap Israel dan mengusahakan gencatan senjata yang berkekalan, selepas seminggu serangan udara terhadap Gaza. Namun, Pentadbiran Bush memberi kebebasan kepada Israel untuk mengerah tentera darat memasuki Gaza biar pun masyarakat antarabangsa kian mengkritik cara ia mengendalikan konflik yang sudah membunuh lebih 400 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita. "Saya menggesa semua pihak mendesak Hamas untuk berpaling daripada keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah yang berusaha untuk mencapai keamanan. "Amerika Syarikat sedang menerajui usaha diplomatik bagi mencapai gencatan senjata yang bermakna dan dihormati," kata Bush dalam ucapan mingguan di radio. Teks ucapan beliau dikeluarkan Rumah Putih lewat malam tadi. Ia adalah kenyataan pertama Bush sejak konflik itu meletus seminggu lalu. Bush turut menyalahkan Hamas terhadap konflik terbaru itu dan menolak sebarang gencatan senjata sebelah pihak oleh Israel. Katanya, gencatan senjata seumpama itu hanya membenarkan Hamas meneruskan serangan roket terhadap Israel dari Gaza. "Keganasan terbaru ini didalangi Hamas, iaitu kumpulan pengganas Palestin yang disokong Iran dan Syria yang menggesa kepada kemusnahan Israel," katanya. Sebaliknya, Bush mendakwa serangan udara Israel adalah untuk mempertahankan diri selepas Hamas membiarkan gencatan senjata selama enam bulan tamat pada 19 Disember lalu dan menembak roket ke negara Yahudi itu. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Gordon Johndroe, berkata Amerika sudah menggesa Israel untuk mengelak kecederaan atau kematian orang awam semasa operasi ketenteraan, sama ada dalam serangan udara atau darat.- AFP


Bush benarkan Israel mengganas
Jet Zionis bom masjid ketika jemaah bersolat
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapan yang disiarkan semalam tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di Gaza apabila menggesa semua pihak menekan Hamas supaya menghentikan serangan roket ke negara Yahudi itu dan ia kemudian disusuli tindakan unit artileri rejim Zionis melancarkan bedilan terhadap 40 sasaran di wilayah Palestin bersama jet tempur dan bot perangnya. Sekurang-kurangnya 750 serangan udara dilancarkan Israel yang kini masuk minggu kedua dan agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan krisis kemanusiaan Gaza, antaranya, 250,000 penduduk terputus bekalan elektrik; sistem saluran air hanya berfungsi sekali selepas lima atau enam hari; bahan bakar dan gas memasak tiada lagi; bekalan tepung, gula, beras dan produk tenusu terlalu kurang dan 80 peratus penduduk bergantung kepada bantuan kemanusiaan.Dalam serangan terbarunya 13 penduduk Gaza maut selepas bedilan Yahudi mengenai sebuah masjid. Kira-kira 200 warga Palestin sedang mengerjakan solat ketika serangan itu. Bush dan sekutunya di Israel mungkin kecewa selepas serangan berkenaan gagal menghalang serangan roket dari wilayah terbabit apabila pejuang melancarkan 500 roket dan mortar ke arah Israel sepanjang minggu lalu membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan menyebabkan berpuluh yang lain cedera. Sekurang-kurangnya 460 orang, termasuk 66 kanak-kanak maut setakat ini. Tetapi Bush berkata: “Saya menggesa semua pihak menekan Hamas berhenti melakukan keganasan dan menyokong pemimpin Palestin yang sah ke arah keamanan, termasuk pemimpin Fatah yang mendapat sokongan Amerika, Mahmoud Abbas.” “Keganasan baru ini adalah dimulakan Hamas, kumpulan Palestin yang mendapat sokongan Iran dan Syria yang menggesa kehancuran Israel,” kata Bush. Pegawai Israel berkata, 10,000 askar termasuk unit kereta kebal, artileri dan gerak khas sudah berada di sempadan serta bersedia masuk ke Gaza. - AP/AFP


Pasukan perubatan asing dilarang memasuki Palestin
Mesir benar penduduk Gaza dapatkan rawatan melalui Rafah
RAFAH, Mesir: Pasukan perubatan asing yang berkumpul di sempadan Mesir-Gaza sejak beberapa hari lalu hampa kerana tidak dibenarkan pihak berkuasa Mesir untuk memasuki wilayah Palestin itu bagi menawarkan bantuan kepada beribu penduduk yang cedera akibat serangan tentera Israel.
Seorang pakar bius dari Greece, Dimitrios Mognie hanya berupaya menghabiskan masa di sebuah kafe di Rafah berbual dengan doktor lain sambil meminum teh sementara menunggu kebenaran memasuki Gaza.
"Penungguan ini sangat membosankan," kata Mognie, yang membatalkan cutinya untuk membantu penduduk Gaza. Beliau memilih memasuki Gaza melalui Mesir yang mempunyai kawasan sempadan kecil dengan wilayah Palestin yang sempit itu.
"Keadaan ini tidak langsung masuk akal. Kenapa pada 2009 ada orang masih menghalang pihak yang mahu membantu orang susah," katanya.
Hospital terhad di Gaza dipenuhi mereka yang cedera akibat bedilan tentera Israel sejak 27 Disember lalu. Pegawai perubatan melaporkan lebih 580 penduduk Gaza terbunuh dan 2,500 cedera.
Mognie dan seorang rakan, kedua-duanya daripada pertubuhan Doctors for Peace dari Greece tiba di Rafah empat hari lalu membawa kelengkapan perubatan untuk dibawa masuk ke Gaza.
Beliau yang pernah menabur bakti di kawasan konflik di Iraq, Angola dan Somalia, berkata beliau memahami kebimbangan pihak berkuasa Mesir terhadap keselamatan mereka yang memasuki wilayah Palestin itu tetapi beliau berkata orang sepertinya sanggup menanggung risiko berkenaan.
Mesir bersama Israel mula menutup pintu masuk ke Gaza itu sejak Hamas menguasai wilayah berkenaan pada Jun 2007. Sejak Israel mula mengganas, Mesir membenarkan beberapa penduduk Gaza yang cedera parah memasuki kawasannya untuk mendapatkan rawatan perubatan melalui pintu masuk Rafah.
Seorang lagi doktor, Datuk Jemilah Mahmood dari Mercy Malaysia berkata, kumpulannya menjalin kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Mesir untuk membawa peralatan dan bekalan perubatan bernilai AS$100,000 (RM350,000) masuk ke Gaza.
Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa Mesir membenarkan peralatan dan bekalan perubatan itu dibawa masuk ke Gaza, ia menghalang beliau dan rakannya memasuki wilayah Palestin itu.
"Bolehkah awak bayangkan berapa ramai wanita cedera di Gaza dan berapa ramai doktor wanita yang ada di sana sekarang," katanya.AP

buka mata, tanya hati.. Mereka bunuh Kanak-kanak, ibu-ibu, oarng kebanyakkan... Jika dahulu holocaust di buat di pusat tahanan ataupun sesebuah lokasi, kali ini ISRAEL dengan selambanya menghapuskan bangsa palestin di negaranya sendiri dengan cara membiarkan mereka mati tanpa mendapat bantuan..

Renung-renungkanlah