Selamatkan Palestine, Boikot Israel

|

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Bismillahirrahmanirrahim..

“….(tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam urusan pembelaan agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah terikat perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan” (Al-Anfal:72)

Sahabat-sahabat sekalian baru-baru ini dunia digemparkan sekali lagi (walaupun sebenarnya dah banyak kali) dengan kekejaman Israel laknatullah terhadap Palestine. Semakin hari, semakin kejam mereka ini.

Terkini Israel membuat serangan ke atas Semenanjung Gaza yang membunuh lebih 360 penduduk Palestin. Dahsyat…..

Jadi, bersandarkan ayat diatas apa yang kita boleh Bantu? maka kita lancarkan jihad menentang tindakan Israel dengan cara kita memboikot segala barangan yang menyumbang kepada segala gerakan mereka.

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Al-Baqarah:195)

Daripada Hadis, (saya pun dah lupa)
“sekiranya berlaku kemungkaran dihadapan kamu, maka cegahlah ia dengan tangan (yakni kuasa), jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu lagi cegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman”

Berapa ramai dikalangan saudara seIslam kita yang begitu sensitive mengenai isu Palestine ini, maka kita perlu bangkit dan memngejutkan kawan kita yang lain untuk membantu saudara seIslam kita di perbatasan (Palestine) dengan Cara memboikot barangan Israel.

The time has come for the Islamic Ummah to say "NO" to America, "NO" to its companies, and "NO" to its goods, which swamp our markets. We are eating, drinking, wearing and riding whatever America produces..." (Fatwa by Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

Fakta

* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.


* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL. * Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu. Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?

Makanan

Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan Jenama: Samba, Fun, Lays... dan sebagainya.
Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato... dan sebagainya.
Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls... dan sebagainya.
Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake... dan sebagainya. Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan... dan sebagainya.
Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi, 7-up, Mountain Dew, Miranda... dan sebagainya.
Syarikat Hadaiq California Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali... dan sebagainya. Syarikat Perrier-Vittel Produk: Air Galian Barakah... dan sebagainya
Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips... dan sebagainya.
Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam... dan sebagainya. Minyak Sayuran Rawabi, Fern Makaroni Columbus, Hayo
Chipsy Delta
________________________________________

Super Market
Sainsburry
Heiz
Edge
Tesco
________________________________________

Kedai Makan/Restoran
McDonalds
Tikka
Kentucky Fried Chicken (KFC)
Kantis Arby's
Pizza Hut
Chicken Tikka
Paradise McBurger
________________________________________

Alat Pencuci dan Kecantikan
Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri Syarikat Johnson Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya.
Syraikat Revlon Make-up
Syarikat East In Sambel
Syarikat Beverly Hills
Syarikat Sitreen
________________________________________

Bahan Tenaga
Bateri Kenderaan Milestone
Bateri Kenderaan Powder
Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya. ________________________________________

Alatan Sukan
Nike
Universal
Power
Paramount
Youngers
________________________________________

Pakaian
Jean's Basic
Kelvin Klein
Levi's
Basic
Ralph Lauren
________________________________________

Alatan Pejabat
Syarikat Delta Egypt
Parker Schiffer
Pen Schiffer Higher
________________________________________

Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat
Max
IBM
Intel
Uracel
Nokia
Motorola
Digital

Rezeki tuhan

|

Assalamualaikum…

Apa khabar rakan-rakan, sume ok tak. Result exam akan keluar x lama lagi. Mesti suspen kan? Usah gusar kerana semua rezki itu datangnya dari tuhan.

‘Dan ingatlah! Berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama. Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dialah jua yang mendengar, lagi mengetahui’(Al-Ankabut, 60)

Jadi yakinlah kita dengan tuhan bahawa segala ketentuan adalah datang dari nya (bukan dari manusia) , jika berlaku sebarang kekurangan kita muhasabah diri, jika terdapat kelebihan kita kaji hikmahnya, itulah sebaik-baik muslim. Kerana apa, segala rezki tuhan beri, atau segala benda tuhan kurniakan pasti ada hikmahnya.

Bercakap mengenai rezki nih. Saya tertarik untuk mengetengahkan isu subprima yang terjadi baru-baru ini. Semua nya terjadi kerana perbelanjaan yang berlebih lebihan hingga tidak mampu untuk di tangggung semuanya. Ini bermakna ia bertentangan dengan konsep yang islam ajarkan dalam berbelanja iaitu bersederhana dalam bebelanja, tapi biasalah manusia. Dapat duit mesti habisnye..

Saya nak kaitkan kejadian diatas dengan kehidupan kita, berapa ramai diakalngan kita ini yang tidak pernah berhutang lansung seumur hidupnya dalam berbelanja.. haaaa.. cepat angkat tangan,, hehehe.. mesti x ramai kan , dan mungkin semua pernah berhutang. Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang kerana apa, ia mencerminkan hidup umatnya yang tidak bersedehana dalam hidup yakni berbelanja lebih dari kemampuan. Jadi sama-sama kita renungkan

31:14

|

'Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).' (Luqman,31:14)
'Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taatkepada mereka dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.' (Luqman,31:15)

20 cara untuk jadikan roomate anda gila

|

20 cara untuk jadikan roomate anda gila
1Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate andanak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde orgkat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dahbalik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanyadia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku beradani?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadarmelompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tusetiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari.Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidupsebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgnkuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommateanda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar,bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald.Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata"Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu.Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki danmenjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap katroommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefonbalik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis.Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigidengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus.Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambardia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommateanda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu operasekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekalisambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dindingbilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalusampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk berimakan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambutsebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kauhitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekalabuat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastupanggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpkape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan(siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti diaterkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

KEPADA SEMUA ALUMNI SMKASR BATCH2003

|

assalamualaikum.... kepada semua rakam-rakanku , smkasr batch 2003.... untuk kite nye gathering (sila rujuk frendsternye group k) ha kat bwh nih ak da wat design logo baju korang boleh pilih mengikut contoh yg ada.

kat atas tuh logo-logo yang korang leh pilih, kalo ase x cukup bgs bagitau, melalui ruang komen k












so atas nih contoh baju, then nih kalo ade design lain la kan, yg kat blakang lak, kite buat tulis la ayat best2,

kaler yang ade, bole tgk kat bwh tuh, pilih satu je tau mane kaler yg best..

kain lak, ak amek kain cam baju jersi, kain tebal la, so harge 20-30 k x, kalo nak kain bese pun bole

kalo sape yg minat or nak bg pandangan bole bg komen kt sini, k

Satu penemuan yang baik

|

Satu penemuan yang baik

“tambatlah unta itu dahulu dan kemudian baru berserah kepada Allah” sabda Rasulullah

Maksud nya hendak lah kita berusaha dahulu sebelum kita berserah berserah diri pada Allah, bermakna kita harus melakukan tangungjawab kita dahulu sebelum kita pasrah pada tuhan kita.

Erm jika refer pada tajuk di bawah mungkin Nampak percanggahanye kan. Tapi x pe, kali ni kita betulkan dan secara jelasnya topic di bawah lebih kepada pembentukan keyakinan kita pada Allah.

Berusaha lah kamu, dan yakinlah yang Allah akan sentiasa membantu hamba nya yang berserah yakni yakin akan pertolongannya

Matematik & Sedekah

|

Matematik & Sedekah

Saya tertarik dengan satu hadis yang menyatakan, maksudnya lebih kurang

Tidak rugi kamu bersedakah, bah kan kami(tuhan) akan melipat gandakan lagi rezki mu

Ini bermaksud sekali kita bersedekah, harta kita akan bertambah, menarikkan, skim cepat kaya yang paling berkesan.
Apa yang saya nak kaitkan dengan matematik pula adalah. Secara logiknya:

5 - 5 = 0
namun dalam konsep sedekah pula
5 – 5 = +infiniti

Maksud nya konsep sedekah adalah bertentangan sama sekali dengan konsep matematik yakni logic akal. Menarik bukan, ini bermaksud tuhan melatih kita untuk sentiasa percaya dengan perkara ghaib seperti dosa, pahala, syuga, neraka & bermacam lagi.

Namun apa yang lebih menarik lagi adalah Allah melatih kita untuk kita sentiasa yakin dengan nya, kerana dari Dia lah kita dapat segala-galanya.

Saya ingin berkongsi cerita dengan anda satu lagi cerita (kawan saya yang sampaikan kat saya Asyraf)

Bagaimana seorang wali Allah ini melatih anaknya dengan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah. Caranya adalah dengan melatih anak nya untuk sentiasa berdoa ketika dia hendak makan, caranya “Ya Allah ya tuhanku, aku hendak makan roti, kurniakan rezki padaku” sambil menadah tangan kata anak. Di rumah wali tersebut ruang makan makan dan dapur dipisahkan dengan dinding dan di diding tersebut ada sebuah tingkap. Setiap kali anak tersebut ingin makan dia akan berdoa ditingkap tersebut dan ibunya masak didalam memberikan makan pada anaknya melaui tingkap tersebut. Ingin dejadikan cerita suatu hari ibu dan bapa anak tersebut keluar rumah untuk waktu yang sekejap tanpa di ketahui anaknya. Tiba-tiba anak nya terasa lapar dan ingin makan, maka diapun pergi ke tingkap tersebut lalu berdoa, Alhamdulillah ada rezki untuknya, ketika anak itu sedang makan pulang lah kedua ibubapanya. Maka terkejut lah mereka akan kejadian tersebut

Menarik bukan. Anda mungkin selalu mendengar akan:

DOA + USAHA + TAWAKKAL = KEJAYAAN
namun dalam kejadian terbabit ia hanya melibatkan
DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN

Si anak tidak perlu berysaha pun nak buat roti, tapi dia stil bole makan roti, hebatkan. Maknanya keyakinan diri pada tuhan adalah yang paling penting kerana Allah lah yang member segala-galanya. Namun isunya berapa yakin kita kat tuhan kita. Tanyalah Iman masing-masing.

Macam di pusat islam semalam, ustaz ade bagi tau “senjata umat islam adalah doanya” maknanya, bukan usha yang ditekankan tapi doa, ini menerangkan kita secara tidak lansung akan keyakinan kita pada Penciptanya. Betapa kita menyerahkan segala-gala kepada Allah bukan kepada benda lain, hebat bukan syaitan memainkan hati kita, nauzubillah

Yakin tak kita ngan tuhan kita, Tanya iman masing-masing, muhasabah diri. Berapa ramai diantara kita yang betul-betul menyerahkan dirinya pada pencipta nya… hebat mereka ni.. tapi itulah senjata para sahabat terdahulu.. renung-renungkanlah
Waasalam..

“mahasiswa pembentuk rohani tamadun”

Kenapa

|

Kenapa
Ermm. Pening-pening, ini pendapatku


1.Kenapa agak nya manusia ini suka untuk membuat system ynag baru dan kemudian membiarkan system tersebut tanpa harapan. Kenapa tidak kita guna system yang sedia ada, yang mana kita hanya perlu untuk menambah baikkan dan memperelokkkan nya, kalo xde kita tambah, kalo x elok kita buang

2.Kenapa manusia ni tidak mahu berfikir secara geneal, kenapa hanya tertumpu pada oarng tertentu. Bukan islam itu menuntut untuk ita berfikir untuk umatnya. Jadi kenapa kita terlalu memikirkan yang minority, ya minority membentuk majority. Tapi kalo dah benda tuh lebih berkesan pada majority, kenapa kita nak sanggah pula.

3.Kenapa manusia sentiasa memikir dirinya baik. Mungkin kerana dia rasa diri dia perfiect, x kot, mungkin sebab die ade hak untuk bersuara. Macam saya selalu kata “kekadang kita perlu memuji diri kita” tapi ade sebab nya seperti memotivasikan diri… jangan wat selalu tau. mungki juga sebab manusia suka pada nama. yerla hariamu mati tinggal kan belang , manusia mati tinggalkan nama

4.Kenapa manusia suka dalam kroninya (asobiah, xkot). Mungkin kerana lebih selesa dan mungkin takut untuk terima hakikat akan kekurangan mereka. So berada dalam kroni x siapa nak tegur. Hahahha

5.Kenapa manusia suka yang realistic. Kerana ada depan mata. So senang nak Nampak dan tahu faedahnya. Mungkin senang jugak nya kalo pahala tuh ade depan mata kan, tuhan je yang mengetahui

6.Kenapa manusia suka menutup kesalahn diri walaupun tahu diri ada salahnya. Huhuh kenapa ye, mungkin sebab nak sentiasa di lihat sempurna, ada ego, ade kaitanngan perkara ke 3 nih.. terasa seperti orang yangmenegur tuh x layak untuk menegur kita.

7.Kenapa manusia suka pekena orang lain.. ermm sebab itu lah sikap manusia, ade hasad ade cemburu, ade memacam lagi lah. So betul-betulkan diri ok. Mungkin sebab nak tegur orang tapi x kene cara kan.

8.Kenapa manusia lebih suka dosa berbanding pahala. Mestilahkan, dosa itu melalaikan, lagi pun pahal x Nampak(macam perkara 5). Tahniah pada yahudi dan kafir, kerana Berjaya meneyrap sume ini pasa umat Islam. So kalau dah sedar berubahlah ye..

9.Kenapa manusia suka mintak maaf, tapi x bagi tau lak apa silapnya. Macam salah je konsep meminta maaf dalam islam. Mintak maaf tuh kene bagi tau salahnye apa tau.. renung-renungkan lahk

10.Kenapa manusia asyik nak menang, barulah best kalo menang, sebab kalo menagn bole bangge(betul ke). Mungkin kalo menag kita rase orang x leh nak tego kita atau pekena kita. So terase macam diri sempurna jekan..huhuhuh

11.Kenapa manusia pentingkan diri berbanding umat. Senang x yah nak fikir-fikir. Kubur asing-asingkan, Nauzubillah… sebab manusia sekarang lebih pentingkan diri. Xpernah nak kesah sekitar. Bace paper pun malas. So renung-renung lah

12.Kenapa manusia suka jalan-jalan. Sebab best bole tenang fikiran, bole tengok kebesaran Allah(harap-harap) sebab x payah nak fikir bende lain. Yela bile dah bejalan.. hehehe

13.Kenapa manusia suka main sorok-sorok(x berani bersuara, bersuara pun sorok) mungkin ade berkait dengan sebarang perkara diatas(perkara 11, 7, 6 ,3 dan mungkin ade juga part lain)

14.Kenapa manusia bila disuruh kedepan bercakap pasal ilmu or jadik imam takut(tapi maksure lah kita betul berkemampuan ok). Mungkin sebab rase x cukup ilmu, mungkin sebab ade orang lebih layak(tapi kalo piker camtuh sampai bile pun xde sape yang layak. Human not perfect accept our prophet) tapi x salah kalo nak belajar or carik pengalaman. haaa takut di tegur, so jatuh ego, yeke. Korang pikirlah sendiri.

15.Kenapa manusia suka baca apa yang saya tulis(perkara diatas). Sebab sume nye ada kaitan ngan diri kita kan. So kalo tersedar muhasabahlah diri, x kesahlah sesiapa pun yang menegur kita terima kan… bole banyak lagi nak tulis hehehhe. Rehat dulu

So yang baik datang dari Allah, Yang buruk tuh kesilapan sendiri. Kalo salah tergur-tegurla ye. Kekadang bile x tegur nih memacam leh jadik…
wassalam

Tanggungjawab sosial

|

Tanggungjawab sosial

Tanggungjawab mahasiswa yang masih belum selesai adalah tanggungjawab mempertahankan kotnrak sosial. Kenapa mahasiswa? Kerana anda golongan yang terpelajar, dan golongan berilmu di pandang masyarakat. Andalah duta-duta kecil Negara untuk masyarakat. Kerana apa? Kerana andalah yang paling hampir dengan masyarakat dan mungkin satu masa nanti mahasiswa inilah yang menjadi pemimpin dan penerus tamadun yang sedia ada.

Isu kontrak sosial telah lama di perisukan semenjak pasca dr Mahathir lagi, namun akibat ke tidak sensitive nya kita, ia memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkepentigan untuk menghujahkannya kembali. Kotrak sosial adalah isu yang perlu di pelihara agar kejadian seperti 13 MEI tidak berulang kembali. Kita tidak mahu orang luar mengambil kesempatan keatas ketidak stabilan kita.

Jadi selaku mahasiswa apakah yang boleh kita lakukan untuk menjaga perpaduan yang telah dibina selama ini.

1. Menjaga sensitivity. Dengan menjaga percakapan dengan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menimbulkan racist. Ataupun perlakuan yang seumpama dengan nya.

2. Bertoleransi. Sentiasa berbincang dan berfikiran terbuka dalam menghadapi segala sesuatu.

3. Mengeratkan hubungan antara satu sama lain, tidak kira apa jua warna kulit atau bangsa

4. Tolong menolong. Memberi bantuan kepada yang memerlukan

5. Mewujudkan suasana perpaduan, dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang di sertai oleh pelbagai kaum.

6. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar, dapatkan maklumat yang benar dan tidak terlalu terburu-buru dalam sebarang tindak balas

7. Menghormati kaum lain.

Kontrak sosial ini adalah satu tanggungjawab yang besar perlu di pikul oleh mahsiswa untuk menjaga perpaduan dan keharmonian Negara. Jagan lah isu yang kecil kita besar-besar kan hanya kerana kepentingan diri ataupun terlalu kepuakkan dalam sesuatu perkara. Kerana isu ini adalah API

‘Jika tersalah cara ia akan marak menyala. Jadi kawal ia dengan baik’

Mahasiswa perlu selalu mengupdate info terkini agar kita sentiasa bersedia dengan sebarang isu. Kerana kita tidak mahu kita bertindak melulu tanpa usul periksa, biarlah apa yang kita perjuangkan itu ada asasnya. Ini juga dapat melindungi kita daripada anasir luar yang berkepentingan.

Kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa harus mengabil perana yang penting jika kita mahu meneruskan kemakmuran dan keharmonian yang telah sedia ada. Kita tidak mahu kejadian 13 MEI berulang, kita tidak mahu orang asing menjajah Negara kita, jadilah biarlah kita tangani nya secara bijaksana bermula dari saat ini.

Usahlah kita pertikaikan perkara yang telah termaktub dalam kotrak sosial atas dasar kepentingan diri. Kerana yang termaktub itu adalah yang terbaik boleh difikirkan. Fikirlah sebelum bertindak

Tak susah untuk memarakkan API, tetapi sekali ia marak susah untuk dipadam. Jadi apa peranan anda? renung-renungkanlah

‘MAHASISWA UNTUK MASYARAKAT’

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

|

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu." [2]

ref
1] http://test.chedet.com/che_det/2008/07/the-malaysian-social-contract.html
2] http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_(Malaysia)

Keterbukaan

|

Keterbukaan

Sejak akhir-akhir ini kita lihat ramai orang sudah berani melontarkan pandangan dan idea masing-masing. Setiap usul yang dicadangkan mempunyai maksudnya yang tersendiri , kebenarannya hanya tuhan saja yang tahu.

Lantaran lambakkan idea dan pandagan ini adalah menjadi satu isu bagaimanakah keterbukaan kita untuk menrima dan menyerap semua pandangan tersebut. Adilkah diri kita untuk menilai semuanya, atau awal-awal lagi kita telah menutup sebelah mata untuk mengendahkan semua yang kita rasa tidak selesa dengan erti kata berkepentingan diri, ataupun mengambil jalan tengah untuk tidak berfikir dengan erti kata tidak berpendirian.

Sikap keterbukaan adalah penting dalam pembentukan masyarakat dan khusus nya mahasiswa, kerana ia akan menjana kehidupan yang lebih baik dari semasa kesemasa dan membentuk maysarakat yang harmoni.

Dalam sikap keterbukaan ini kita haruslah menegakkan kebenaran dan tidak bersikap berkepentingan. Ini kerana benang yang basah sudah tentu susah untuk ditegakkan dan kewarasan dalam penerimaan akan hilang.

Kesan sikap keterbukaan :

1] membentuk sikap toleransi. Dimana dalam keterbukaan kita hendaklah sentiasa menerima kritikan dengan cara yang positif, tidak mudah melatah dan mengambil itibar berguna. Tiada budaya menuding jari antara satu sama lain.

2] berani bersuara. Keterbukaan dalam masyarakat membentuk budaya berani bersuara demi kebenaran ( jangan yang salah pun nak di betulkan ). Ini akan mematangkan pemikiran mahasiswa. Tiada sekatan dalam bersuara. Semuanya layak bersuara untuk kebenaran.

3] berhikmah. Dalam sikap keterbukaan ia mendidik kita untuk bijak menegur bukan hanya tahu mencampak batu, tapi last-last dia yang menyuruk tak mengaku. Ataupun bila berselindung lantang bersuara tapi bila berhadapan senyap pula. Segala teguran yang membina perlu di sampaikan dengan membina, tiada pengaruh emosi dalam penyampaian, mahupun pengaruh luar. Niat ikhlas kerana Allah untuk kebaikkan.

4] meperbaiki diri. Bila kita bersikap terbuka perlulah kita menbuat penambah baikkan jika di tegur, bukan nya berkeras dengan pendirian menganggap diri sempurna ataupun memarah orang yang menegur. Sentiasa bermuhasabah diri untuk kepentingan bersama.

5] harmoni bermasyarakat. Dengan erti kata tidak bersikap kepuakkan dimana hanya mendengar pendapat diakalangan nya sahaja, tidak mahu menerima teguran dari orang luar. Kadang-kadang bila kita terlalu lama berada didalam rumah hingga rumah rosak pun kita tak tahu, jadi kita memerlukan orang luar untuk menunjukkan kerosakan yang kita tidak lihat itu.
6] adil. Mendengar semua pendapat dari semua pihak, tidak pilih bulu dalam mencapai keputusan. Tidak mengamalkan kroni dalam keputusan. Membentuk budaya mencari kebenaran

7] Berfikiran terbuka akan membolehkan kita mudah diterima oleh orang lain dan ini akan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain apalagi jika sikap ini dimilki oleh seorang pemimpin dengan rakyatnya.

Keterbukaan ini penting dalam diri mahasiswa kerana ia akan membentuk jatidiri mahasiswa yang berpandgan jauh dan lebih matang. Tidak hidup dalam dunia nya saja. Mereka yang terbuka akan lebih disenangi dan bijak dalam membuat keputusan.

Namun keterbukaan ini ada hadnya seperti perkara yang melibatkan tauhid dan agama. Jadi diri sendirilah perlu bijak menapis dan menyerap segala hujah.

Corak pemikiran yang berbeza juga meberi kesan pada keterbukaan. Namun ia bukan penghalang untuk kita bersikpa terbuka. Kerana itu semua adalah dalam perancangan Allah untuk manusia melengkapkan diri antara satu sama lain.

Segalanya ikhlas kerana Allah..

Kerana Allah

|

Kerana Allah
Assalamualaikum.. baru-baru ni saya berjumpa dengan seorang junior, asraf rase name die, heheh.. x pelah, apa yang menarikya die bercerita kepada saya mengenai saya tentang bagaimana sirah umat islam pada masa dahulu, salah satunya yang saya masih ingat adalah, bagaimana umat islam dahulu hidup dengan keadaan suasana yang menghampiri seperti di syurga. Bermaksud para umat islam terdahulu hidup dikelilingi oleh orang-orang baik dan beriman. Jadi gambaran ini jelas menunjukkan kehidupan disyurga. Dimana hanya orang baik-baik saja yang hidup di syurga.

Tidak teringinkah anda hidup dalam suasana yang begini? Tidak risau akan keselamatan ketika keluar kerana dikelilingi oleh orang baik-baik dan sentiasa mengambil berat mngenai diri kita, walaupun mereka tidak mengenali kita. Digambarkan suatu ketika dahulu pada zaman para sahabat, umat islam sangat mengasihi satu sama lain, hinggakan jika jiran mereka di kacau mereka akan memberi ancaman pada pengacau, kedai boleh dibiarkan terbuka ketika tiba waktu menunaikan solat. Anak-anak dibiarkan bermain tanpa risau akan penculikkan. Indah bukan kehidupan begitu, semuanya terjamin. Begitulah gambaran awal kehidupan di syurga, dikelilingi oleh mereka yang baik-baik.

Tapi bagaimnakah ini terjadi? Semuanya kerana Allah. Kenapa saya berkata begitu, kerana apabila semua tindakan kerana Allah, semua nya indah kerana rahmatnya.

Dalam persahabatan. Pada masa kini berapa ramai didunia ini sanggup berkorban kerana sahabatnya jika sahabtnya diancam, berapa ramai yang sanggup menegur rakannya jika rakannya melakukan kesalahan. Semua itu memerlukan kekuatan , dan dari mana datangnya kekuatan itu? Tentulah dari pihak ketiga, yakni pencipta kita ALLAH kerana dialah yang membenarkan segala-galanya.

Maksudnya, apabila sesuatu persahabatan itu kerana Allah, maka segala perbutan nya kepada sahabatnye sudah tentullah kerana Allah, Cth: Aku selamtkan kawan ak dari ancaman kerana Allah, ak bantu kawan Aku kerana Allah, ak tegur kawan aku kerana Allah. Indah bukan, bayangkan atas niat kita kerana Allah, ketika kita terkorban kerana kita selamatkan kawan kita dari ancaman kita bolah di anggap mati syahid, hebat bukan…. Semuanya kerana ALLAH

Atas niat kerana allah inilah menjadikan, umat islam didunia ini bersatu, melindungi satu sama lain

‘sayangilah saudara kamu seperti kamu menyangi diri kamu, bahkan lebih lagi’

Buatlah segalanya kerana Allah. Tetapi untuk mecapai niat ini ia berbalik pada keikhlasan kita. Se tulen mana keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.

‘keihklasan ini umpama semut hitam diatas batu yang hitam dan dimalam yang sangat gelap’

Sumuanya ikhlas kerana Allah, Ikhlas , ihklas….
Mulai saat ini kita haruslah membetulkan niat kita melaukakn segalanya kerana Allah, jika itu dapat di bentuk maka terpeliharalah diri kita, ikhlas kerana ALLAH

Amanah Kunci Keamanan

|

Amanah Kunci Keamanan

Dari Huzaifah, katanya: “Diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami dua buah hadis; salah satu dari padanya telah saya lihat kenyataannya; dan sekarang saya sedang menunggu kenyataan hadis yang kedua. Hadis yang pertama, bahawa amanah itu turun lalu masuk ke lubuk hati orang, Kemudian turun Al-Quran lalu menjadi pedomannya, demikian pula sunnah Rasulullah SAW. Hadis yang kedua, tentang pencabutan amanah. Kata Rasulullah SAW: “Seseorang tidur sekejap lalu dicabut amanah dari hatinya dan tinggallah bekasnya seperti titik yang kecil; kemudian ia tidur pula lalu dicabut lagi sisa amanah itu, dan hanya tinggal seperti bengkak kecil di telapak tangan yang timbul setelah mengerjakan sesuatu dengan memakai kapak atau sebagai bengkak di kaki kerana memijak bara, isinya hanya sedikit cairan. Pada masa itu kelak hampir saja tak ada lagi amanah dalam masyarakat sehingga dikatakan: “Oh, di sana ada orang yang amanah; kata orang kepadanya; alangkah sabarnya, alangkah baiknya, alangkah cerdiknya; tetapi sebenarnya batin orang itu kosong dari keimanan, Kata Huzaifah:” Pada masa yang silam, zaman kejujuran itu telah ku alami, sehingga saya biasa berniaga dengan siapa pun; jika dengan orang Muslim ia jujur kerana agamanya, jika dengan orang Nasrani atau Yahudi maka kejujuran itu ada di tangan atasannya.” Adapun zaman sekarang, aku tidak mahu lagi berniaga kecuali dengan si Anu dan si Anu (kerana amanah)”
(Muslim)

Huraian

Dunia hari ini sering digemparkan dengan berita-berita mengenai pecah amanah di sana sini. Bapa merogol anak, bayi baru lahir dibuang, warga tua diragut, kanak-kanak didera, dan berbagai-bagai lagi kejadian yang menyentuh hati dan membangkitkan kemarahan banyak pihak. Semuanya berpunca daripada hilangnya sifat amanah dari jiwa manusia. Sesungguhnya di akhir zaman ini amat sukar untuk mencari orang yang benar-benar amanah sedangkan apa jua perkara dan tindakan yang diambil perlukan sifat amanah. Seorang bapa yang khianat tidak akan menjaga anak yang menjadi amanah Allah kepadanya bahkan diperkosa anaknya sendiri atau dia berzina dengan wanita lain. Begitu juga dengan kerajaan yang dipimpin oleh penguasa yang tidak amanah sudah pasti suatu hari nanti umat akan hancur. Fakir yang sombong juga tidak akan sudi menerima bantuan dan perhatian orang lain sedangkan ia sangat memerlukannya. Kesudahannya hidupnya tidak akan berubah sampai bila-bila hinggakan kefakiran tersebut membawanya kepada kekufuran. Hakikatnya janganlah kita mengkhianati amanah sedangkan kita mengetahuinya. Balasannya di hari akhirat kelak amat dahsyat menunggu kita.

Rujukan
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1504

Melayu-Layu

|

Layu

sesungguhnya
tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

aku lihat layu dalam melayua
ku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur
dikata tak sedar diri
jadi aku menyediri, memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan dibiar bunga tak cantik mekar dikiri

aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin, api kita lupa
mereka merancang masa
menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa
nenek moyang kaya raya
jangan sekali-kali digadai harta bendanya
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

takkan melayu hilang didunia
ya, tapi apa guna
tak hilang didunia
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa
kudrat tak berjasa
orang berbudi
kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir di luar kotak

ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

aku jadi sayu
bunga menangis dia mendayu
mau jadi cantik tapi ragu
aku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai

perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai

perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu
tanda bangsanya yang berjaya

contribute by
Malique-layu

Pengetahuan IA CAHAYA

|


Entiti yang bersepadu.

|

Entiti yang bersepadu.

Berdasarkan perbincangan saya dan rakan saya (e-mam). Untuk membentuk entity yang bersepadu kita memerlukan rasa KEPUNYAAN dalam setiap entity tersebut. Kerana, apabila kita rasa sesuatu itu kepunyaan kita maka kita lebih bertanggungjawab terhadapnya. Sebagai contoh bila kita mempunyai sebuah computer sudah tentulah kita akan menjaganya, sanggup berkorban untuk menambah baiknya, menjaga dan etc. Maka bila entity itu merasakan organisasi itu kepunyaan nya maka ia sedia melakukan apa saja untuk membantu organisasi tersebut & bersungguh-sungguh melakukan tanggunjawab.

Dari rasa kepunyaan inilah akan membentuk semangat KEKITAAN, KESEPADUAN, KERJASAMA DAN KEPERCAYAAN.

Isunya pula bagaimana kita hendak mewujudkan rasa KEPUNYAAN dalam diri entity tersebut?. Rasa KEPUNYAAN ini jika terbentuk ia umpama ‘buih’ yang mana sentiasa akan berkembang dan menarik buih-buih yang lain tetapi awas ia mudah untuk terhapus.

Membentuk rasa KEPUNYAAN

1) Membina hubungan yang baik. Dimana entity ini perlulah didekati untuk membentuk hubungan tersebut. Caranya melalui perjumpaan secara formal ataupun tidak. Pendekatan yang terbaik adalah perjumpaan dengan jumlah yang sedikit, kerana entity lebih mudah didekati dan ‘chemical bonding’ cepat terjadi. Apabila ini terjadi wujudnya kepercayaan dan kerelaan.

2) Melibatkan dan beri peluang. Apabila entity sudah tertarik dengan system maka beri peluang kepada entity untuk ‘mengexposekan’ diri dengan di ‘guide’. Ini secara tidak lansung memberi penglibatan entiti dalam system. Dengan ‘guide’ yang betul entity akan terasa turut menyertai system.

3) Dihargai. Hargai sumbangan setiap entity walau sekecil mana pun sumbangan nya. Bila entity rasa dihargai barulah ia rasa akan kepentingannya. Maka dari situlah ia merasakan system itu kepunyaan nya.

4) Hubungan yang berterusan. System perlu sentiasa membina hubungan yang berterusan agar entity tidak dirasakn hanya digunakan bila di perlukan.

5) Tidak memandang rendah. Sentiasa percaya akan kebolehan entity, pada masa yang sama ‘guide’ entity. Tidak mengawal pekerjaan entity. Berikan galakkan dan motivasi membina kepada entiti

Bila penerapan perkara-perkara tersebut dibuat, InsyaAllah rasa KEPUNYAAN itu dapat terbentuk. Dengan itu organisasi terbaik dapat di bentuk. Entiti yang bersepadu membentuk system yang terbaik.

Sistem ( Organisasi )

|

Sistem


Sistem merupakan gabungan entiti yang bersepadu, kemudian ia mempengaruhi persekitarannya. Contoh nya macam keluarga kita adalah satu sistem, yakni terdiri dari beberapa entiti, dan masyarakat itu persekitarannya. Itulah system. Mudahkan.
System juga mempunyai beberapa sifat:
1) Berstruktur, dan terdiri daripada beberapa entiti yang mewakili sesuatu proses
2) Mempunyai ‘output’ dan ‘input’
3) Setiap Sesuatu system itu berkait antara satu sama lain

Maka setiap manusia ini ada peranan dalam sistemnya yang tersendiri.

Suatu organisasi merupakan satu system kerana ia memenuhi syarat sesebuah system. Maka organisasi terbaik adalah organisasi yang dapat mengawal system nya dengan baik dan menggunakan input yang sedikit tetapi menghasilkan output yang paling banyak. Jadi bagaimana kita hendak mengawal system tersebut untuk menghasilkan output yang berkesan?

1) Entiti system : Setiap ahli memegang portfolio nya yang tersendiri, maka setiap ahli ini perlulah menjalankan prosesnya yang tersendiri untuk menghasilkan system yang terbaik. Tetapi harus diingat proses yang tidak berkaitan haruslah di ketepikan agar tidak membebankan pemprosesan system dan seterusnya melemahkan system tersebut. Elakkan proses-proses ini daripada pertindihan tugas agar pemprosesan dapat bergerak lancar.
Pengawal system adalah entity yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengawal system ini. Ini kerana pengawal yang lemah akan merosakkan pemprosesan dan seterusnya memberi kesan pada output nya.

Entiti juga harus sentiasa bersepadu dalam erti kata berkerjasama dalam apa jua keadaan. Untuk menjelaskan entity yang bersepadu ini, saya akan terangkan kemudian.

Entity yang lemah haruslah di perkuatkan atau diganti (jika Perlu) agar tidak melembapkan system. Namun setiap entity perlu membantu entity yang lain (bukan mengambil alih tugas) untuk melancarkan system.

2) Persekitaran: Organisasi yang terbaik adalah Organisasi yang tidak di pengaruhi oleh persekitarannya. Ini bermaksud Organisasi yang mengawal persekitaran. Namun harus di ingat sesuatu Organisasi itu berkait dengan Organisasi yang lain maka disinilah cabarannya untuk membentuk persekitaran yang di kehendaki.

Organisasi juga perlu membina hubungan dengan persekitarannya untuk membentuk system yang baik. Kerana persekitaranlah yang menilai sesuatu system itu.

Gerakkan Mahasiswa atau Gerakan Mahasiswa

|

Gerakkan Mahasiswa atau Gerakan Mahasiswa
Gerakkan Mahasiswa
1) Isu yang paling nyata sekarang adalah mahasiswa diseluruh Malaysia lebih suka tidur dan enjoy. Mereka malas untuk berfikir dan lebih suka untuk mengambil jalan mudah. Ini kerana mereka sudah ralit dengan hiburan, internet dan segala yang lagha. Jadi mahasisawa perlu di gerakkan agar suara mahasiswa kembali didengar dan memainkan peranan sebagai duta kepada masyarakat
2) Kesan akibat tidur yang lama ini menyebabkan mahasiswa tidak mampu untuk berdikari dan berpendirian teguh. Maka akan timbul isu penghasilan graduan yang tidak pandai bersosial, jumud, terima rasuah dan tidak amanah. Maka hancurlah kegemilangan bangsa. Jadi mahasiswa perlu di gerakkan dari lena yang panjang, kerana mahasiswa adalah pemimpin untuk masa hadapan
3) Penubuhan Negara bangsa hanya akan menjadi angan kosong sekarang jika mahasiswa masih tidur, kerana mahasiswa masih malas untuk berfikir dan tidak ambil kisah mengenai isu semasa. Maka segala isu yang dianggap sensitif semakin di abaikan, mungkin satu masa nanti Negara juga tergadai akibat tidur yang lama ini. Mahasiswa tidak peka pada isu semasa dunia mahupun tempatan, ini kerana mahasiswa malas nak fikir jauh dan tiada perancangan.
4) budaya supportive juga akan hilang akibat mahasiswa tidak di gerakkan. Maka budaya materialistic akan menular dikalangan pelajar. Satu tanda yang tidak sihat dan akan mencemaskan banyak pihak. Semua ini kerana mahasiswa hanya melakukan perkara hanya untuk kebendaan ataupun balasan bukan untuk pengalaman dan pembelajaran. Buktinya lihat lah berapa ramai yang datang untuk setiap aktiviti yang di anjurkan rakan mahsiswa kita yang lain. Yang ramai datang hanya AJK yang bertugas. Terbukti tiada nya budaya supportive dikalangan pelajar. Maka hancurlah Negara
5) Budaya beri peluang pada yang lain atau pun “ko buat la dulu” “ala ko je dahla” dan seangkatan dengan nya. Budaya ini semakin menular hebat. Menakutkan bukan tapi mungkin anda yang sedang membaca isu ini adalah salah seorang daripadanya. Ini terjadi kerana sikap yang cetek fikiran, malas nak fikir dan pentingkan diri sendiri. Akibat budaya inilah mahasiswa semakin bacul. Mungkin satu masa nanti pengurusan Negara pun nak bagi orang luar ataupun terhapusnya kebajikan bangsa. Baculkah anda?. Maka gerakkan mahsiswa
6) Mati nya budaya kepimpinan. Saya boleh katakana setiap yang masuk ke Universiti adalah seorang yang talent dalam kepimpinan, mereka semua ini pernah menjadi pengawas sekolah, ketuakelas ketua persatuan & memacam lagi lah. Tetapi isunya mengapa bila masuk U semuanya senyap. Adakah kerana wujudnya gerakan memadamkan kebolehan mereka ini? Jawapannya YA, siapakah mereka itu? Mereka adalah pelajar U itu sendiri kerana mereka mengamalkan SEMUA PERKARA-PERKARA DIATAS. Maka adakah anda tergolong dalam kelompok ini? Tepuk data muhasabah diri. Jika harimau hilang belangnya maka jadilah ia kucing, jadi adakah anda mahasiswa memilih untuk jadi begitu. Maka gerakkakn mahasiswa.

Mahasiswa pencorak tamadun akan datang. Maka kita perlu GERAKKAN MAHASISWA untuk membuat GERAKAN MAHASISWA. Percayalah jika kita gagal untuk gerakkan mahasiswa maka tidak perlulah saya untuk berbicara mengenai GERAKAN MAHASISWA.
|

Teruskan perjuangan wahai pemuda

setiap hari saya akan terfikir, apa sumbangan saya pada agama, bangsa & negara. bukan bermakna saya ini seorang patriotik atau pun suka bekerja. tetapi atas dasar sikap ingin membantu rakan sebangsa ' tidak beriman seseoarang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri'

Pemuda-pemuda. kala ini saya lihat pemuda lebih suka duduk lepak dan bersembang mengenai hal semasa seperti bola, sukan, gosip , artis dan pelbagai lagi. namun dalam kebnyakkan yang dibincangkan itu tidak ada satu pun mengenai kebajikannya pada islam. bukan semua tetapi yang buat ini sampai tidak boleh di bilang dengan jari.

bila kita mengisukan mengenai kebajikan yang boleh diorang sumbang, mereka lebih suka melarikan diri. tetapi bila kita bercerita pasal isu palestin, iraq dan yang berkaitan cepat betul respon nya. iktibarnya pemuda kita nih lebih cakap saja kencang tapi tidak ade apa-apa pun. huh umpama nak bertempik satu dunia tapi suara halus macam tikus.

pemuda sekalin.
sikap-sikap beginilah yang akan menjatuhkan agama dan bangsa kita satu masa nanti, percayalah. sebab apa, kerana kita, pemuda adalah pencorak generasi dan politik akan datang, jika sekarang pun dah kelam kabut nak berpecah sana-sini, jadi jangan pelik pada masa akan datang, tidak sempat pun nak bersatu dah berperang. ini semua adalah kerana sikap pemuda-pemuda.

sikap pemuda yang pentingkan diri, tidak mahu ambil tahu, takut untuk bersuara, dan tiada pendirian. maka tidak mustahil satu masa nanti pemimpin yang jahil akan memerintah lantaran sikap kita yakni pemuda hanya lebih berani melenting di balik tabir, tetapi gentar bila ingin bersuara kerana sikap yang telah di amalkan sekian lama.

sikap kawanku, sikap pemudaku, sikap kita
jadi pemuda bestari sekalian, ubah sikap anda, selalu fikirkan apa sumbangan anda, cari jalan untuk bersatu, tegakkan keadilan dan jauhi kemungkaran, buat lah sekadar yang anda rasa mampu, tapi jangan pula hanya tahu duduk diam dan lihat orang yang melakukanya, sokong segala kebenaran. tanamkan azam untuk perubahan, segalanya dengan niat

percayalahjika niat yang kita buat itu betul, maka Allah akan sentiasa memudahkan kita. bangunlah pemudaku. dengan erti kata jangan anda dibuai dengan keselesaan dunia kerana itu semua rencana yahudi dan barat, keselesaan kita satu masa nanti akan menghancurkan agam kita sendiri,

Pemuda

|

Kepimpinan Muda

kita seringkali terikat dengan pendapat bahawa orang tua lebih wajar memutuskan keputusan kerana dia lebih banyak pengalaman. namun dalam keadaan masa kini saya yakin persekitaran telah memberi peluang kepada golongan muda ini mendapatkan pengalaman dan pelajarn dengan secepat mungkin. jadi pendapat golongan tua adalah lebih wajar berada di pihak pemutus keputusan adalah sudah tidak releven.

suasana persekitaran kadang-kadang melupakan golongan tua ini bahawa pendapat yang dikeluarkan sudah tidak relevan dengan keadaan. jadi golongan-golongan muda ini yang telah terdedah dengan suasana sekarang lebih bijak memberi pendapat dan memberikan keputusan yang kebih efektif.

namun golongan tua wajar memberi pandangan ynag tebaik dan bukan mempengaruhi golongan muda ini dalam membuat keputusan. mahupun terus mencantas golongan muda ini. belum sempat idea-idea baru di beri keluarkan sudah ada orang mahu menolak nya, umpama menyemai benih di ladang, tapi mahu ia terus menjadi benih.

sindrom-sindrom beginilah yang menjadi punca kejatuhan sesuatu organinsasi apabila golongan muda disekat, pandangan dan buah fikiran di anggap remeh. " jika kita mahu melihat masa depan sebuah negara kita lihatlah pemudanya" maka inin jelas pengaruh pemuda dalam satu organisasi. jika sindrom diatas tidak dikawal atau disekat. maka tidak mustahil satu tamadun yang hehat akan tumbang akibat tamaknya golonga tua nya.

Cuba jujur & telus

|

Salam sejahtera

My first time in blog... huhuhu bedebar rase.
Setiap kali kita membaca blog banyak betul isu-isu yang menarik di perkatakan. Namun bagi saya kejujuran dalam setiap maklumat adalah penting dalam erti kata benar dan adil. Kenapa berkata begitu, sebab jangan kita cuba pengaruhi orang di sebabkan emosi, dendam, tidak puas hati & dengki. Sebab apa yang di tulis akan dibaca dan akan disampaikan dari mulut kemulut. Kalau di baca baik isi nya, InsyaAllah baiklah sebaran nya, tapi kalau buruk penyampaiannya maka makin buruk lah berita yang akan didengar (Biasalah nak bagi sedap).

Saya agak selalu baca blog. Dari yang baik hingga keburuk semua ada. Tambah-tambah isu politik.. hehehe biasalah nak pilihan raya. Yang best nya bile di lihat blog nih macam tempat tuduh menuduh. Orang A kata dia betul & kata orang B jahat. Orang B kata orang a jahat di ja yang baik, dan memacam lah feil manusia nih. Klaka juga dibuatnya. Tapi apa pun isunya yang penting maklumat yang di sampaikan mestilah benar dan penyampaian hendaklah ikhlas niat nya, dengan harapan memberi pengajaran dan sempadan untuk bacaan umum. Bukan untuk menjatuhkan orang, bukan kerana emosi terganggu, bukan kerana unsur-unsur yang negatif & kemudaratan. Hanyalah kerana mencapai matlamat keredhaan Nya.

Pembaca kena bijak membuat analisis. Manakan tidak , maklumat yang di terima beraneka ragam. kadang-kadang sukar untuk membuat penilaian. Jadi pemikiran pembaca blog hendaklah sentiasa terkini dan berilmu agar tidak mudah dimanipulasi bloger.

Blog baik & blog jahat? apa yang dikatakan baik dan apa yang dikatakan jahat. Adakah sebab kita sokong satu pihak kita dianggap baik, dan adakah apabila kita mengeluarkan pendapat kita dianggap jahat. Erm .. itu semua penilaian manusia, x perlu runsing kerana ade berjuta-juta akal manusia di bumi ini yang masing-masing memberi pandangan yang berbeza, lebih kurang macam '8 orang buta yang disuruh memegang Gajah' tuh baru 8 orang. inikan berjuta-juta orang. Namun apa pun setap karangan yang di tulis ikut lah etika penulisan para ilmuan. tulis lah dengan penuh keikhlasan dengan harapan ia memberi faedah yang berguna pada pembaca.
Ingat .. beri pengajaran ok..